Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 05, 2010

Pelajar miskin mengadu dipukul

Jika ini benar,amat memalukan. PIBG cerita lain. . . .
#1 : Pukul pelajar buat apa? Kalau mak bapak dia taknak bagi tak kan nak suruh anak ugut mak bapak pulak?
#2 : Tak cukup ke sambutan HARI GURU? Ada program lain pulak - 'CIKGU KUSAYANG?' Ni Cikgu semenjak dapat GREEN LIGHT untuk berpolitik dah jadi macam UMNO lah pulak. . . . Cakap dia aje betul.... macamana anak murid nak hormat guru?.... ni ntah -ntah yang kena pukul anak yatim pun ada, tanggung le kat akhirat....

PENDANG – Hampir 50 pelajar di salah sebuah sekolah di sini, dipukul guru gara-gara tidak mampu menjelaskan bayaran program jamuan amal ‘Malam Cikguku Sayang’ yang akan dianjurkan sekolah itu pada 6 Ogos 2010. 

Sinar Harian dimaklumkan waris kepada pelajar-pelajar itu tidak berpuas hati dengan tindakan pihak sekolah yang memaksa anak-anak mereka menjelaskan bayaran program berkenaan. 

Waris pelajar, Roshita Buyong, 40, berkata, anaknya dipukul di bahagian tangan disebabkan tidak menjelaskan bayaran yang diminta sebanyak RM10 untuk seorang pelajar dan RM12 untuk waris. 

Dia tidak dapat membayar bayaran yang diminta pihak sekolah kerana kurang berkemampuan. 

“Tindakan itu seolah-olah bayaran berkenaan wajib dibayar sedangkan surat yang diberi mengenai program itu tidak tertera apa-apa maklumat sama ada ia perlu dibayar atau tidak. 

“Tindakan memukul pelajar adalah tidak wajar dan amat dikesali,” katanya. 

Sementara itu, seorang waris, Kamsiah Abdul Razak, 36, berkata, dia tidak berpuas hati dengan tindakan terbabit yang dianggap tidak relevan sama sekali. 

“Saya menetap di rumah bantuan Lembaga Wilayah Kedah (Keda) dan bayaran yang diminta agak tinggi. 

“Saya hanya suri rumah manakala suami bekerja sebagai penoreh getah dengan memperoleh sumber pendapatan sebanyak RM450 sebulan bagi menyara tujuh anak dan lima daripadanya masih belajar,” katanya. 

Maznah Osman, 45, berkata, dia kecewa perkara itu dilakukan ketika pelajar sedang menduduki peperiksaan. 

Menurutnya, dia dimaklumkan bahawa anaknya dipukul dua kali. 

“Anak enggan ke sekolah kerana takut dipukul guru lagi menyebabkan saya merasa tertekan setiap kali anak meminta wang yang diminta pihak sekolah. 

“Segelintir pelajar berlari masuk ke dalam hutan kelapa sawit dekat situ disebabkan takut dipukul guru,” katanya. 

Ikutan masalah itu, segelintir waris berjumpa dengan pihak sekolah dan pihak sekolah menafikan bahawa bayaran itu wajib dibayar. 

Seorang lagi waris, Suraya Leman, 38, berkata, ada pelajar yang terpaksa meminjam wang daripada rakan mereka kerana takut dipukul guru. 

“Banyak pelajar yang dipukul guru adalah pelajar keluarga Keda yang tidak berkemampuan dan banyak pelajar yang tidak membawa wang ke sekolah. 

“Pihak sekolah harus bertolak ansur mengenai perkara ini, memandangkan banyak pelajar daripada golongan miskin,” katanya. 

Berikutan masalah itu, Sinar Harian mendapatkan penjelasan daripada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan. 

Katanya, program jamuan amal ini adalah program anjuran PIBG dan tidak diwajibkan kepada semua pelajar dan waris. 

Menurutnya, program ini adalah secara sukarela dan tidak memaksa semua pelajar untuk mengikutinya seperti yang didakwa waris. 

“Saya belum mengetahui kejadian ini seperti yang didakwa dan akan menyiasat perkara berkenaan. 

“Saya akan berjumpa dengan semua waris bagi berbincang mengenai perkara yang dibangkitkan,” katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu