Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 04, 2010

Cabar tutup pusat hiburan, rumah urut

Kalau orang yang bagus dia bagi contoh bukan cabar orang lain - maksudnya Noh kena desak Dato Bandar Kuala Lumpur tutup semua pusat hiburan kat KL sepanjang Ramadan dulu. Jika tidak dah memang sahlah UMNO tidak memperjuangkan Islam seperti dikata (Terang Lagi Bersuluh). Kang kalau Hassan Ali keluar arahan tutup kang korang guna kat Cina dan India pulak kata kalau PR perintah (PAS perintah) habis semua tempat minum dan hiburan kena tutup - PAS nak buat hukum hudud untuk semua bukan untuk Islam saja pulak kan? kan? kan? Dah tahu dah AUTA korang ni......






KAJANG – Pas Selangor dicabar mendesak Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memastikan pusat hiburan dan rumah urut di negeri ini ditutup sepanjang Ramadan jika ia benar-benar memperjuangkan Islam. 


Tindakan ini perlu dilaksanakan oleh kepimpinan Pas yang diterajui Pesuruhjaya Pas Negeri, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, sekiranya parti yang memperjuangkan Islam berkenaan betul-betul ikhlas dalam perjuangannya. 


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, Pas perlu mendesak Kerajaan Negeri menutup pusat-pusat hiburan sepanjang bulan puasa ini. 


“Kita mendesak dan mencabar Pas bertindak segera bagi menghormati bulan mulia itu. 


“Buktikan bahawa Pas tidak berada di bawah telunjuk parti komponen lain, khususnya DAP dalam menangani isu ini dan rakyat sendiri boleh menilai sejauh mana keikhlasan Pas dalam memperjuangkan Islam,” katanya ketika berucap pada Ceramah Selamatkan Selangor di Padang Awam Taman Putra Kajang, dekat sini semalam. 


Menurutnya, UMNO sedia berganding bahu sekiranya Pas ingin bersama-samanya mendesak Kerajaan Negeri mengeluarkan larangan operasi pusat hiburan sempena Ramadan ini bagi memastikan kesucian bulan berkenaan. 


“Kita sedia berganding bahu mengenai perkara ini dan komitmen kita amat jelas tapi kita kurang pasti apakah Pas sanggup berbuat demikian atau lebih suka mengambil sikap berdiam diri demi menjaga kepentingan politik bersama PR. 
 KAH KAH KAH


“Jangan pula disebabkan demi menjaga kepentingan fahaman politik, mereka sanggup mengabaikan perjuangan yang mereka laung dan hebohkan kepada rakyat sebelum ini,” katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu