"Ni bukan buaya, palsu ni, semua pemberita digunakan oleh PEMBANGKANG untuk menjatuhkan nama Port Dickson ni."
Tak perlulah sampai letak signboard ni pulak.
Jika ianya benar buaya betina ianya harus diawet dan diletakkan di Port Dickson sebab saiznya sepanjang 5.48 meter mungkin rekod dunia buaya tembaga betina.
Mari baca fakta sikit fasal SALTWATER CROCODILE. The population is sporadic in Indonesia and Malaysia with some areas harboring large populations. Typical female body lengths in the range of 2.1 to 3.5 metres (7–11 ft). The largest female on record measured about 4.2 metres (14 ft). The mean weight of the species as a whole is roughly 450 kilograms (1,000 lb).
Sang Bedal di pantai PD
PORT DICKSON – Jika sebelum ini kehadiran buaya di pantai peranginan di Port Dickson sering dinafikan oleh banyak pihak(SIAPAKAH ITU?), namun semalam persoalan itu terjawab apabila seekor buaya tembaga betina ditemui di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas dekat sini.
Reptilia pemangsa itu dijumpai terapung-apung oleh tiga orang pekerja binaan pada pukul 12.45 tengah hari ketika mereka sedang memancing di kawasan berkenaan.
Seorang daripada mereka, Suhaimi Salim, 35, berkata, dia dan rakannya yang sedang asyik memancing terkejut apabila ternampak objek yang pada mula disangka kayu.
“Saya nampak sesuatu seperti kayu terapung tetapi selepas dilihat dari jarak dekat, objek itu rupa-rupanya bangkai buaya dalam keadaan terlentang.
“Selepas yakin bahawa buaya itu kaku dan tidak bergerak, baru kami memberanikan diri menghampiri sebelum menariknya kira-kira 500 meter ke tepi pantai,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Suhaimi memberitahu, selepas itu dia bersama rakannya menarik buaya terbabit di tepi pantai dan mendapati badan buaya itu terdapat luka dipercayai kesan ditembak.
Rakannya, Mohd. Farez Mohd. Said, 19, pula berkata, buaya sepanjang 5.48 meter dengan ukur lilit 2.43 meter dan berat hampir satu tan (kira-kira 1,000 kilogram) itu berkemungkinan berasal dari Sungai Linggi dekat sini.
Menceritakan detik penemuan reptilia itu, Mohd. Farez berkata, dia pada mulanya terkejut dan tidak mempercayai apa yang dilihat kerana buaya biasanya tidak ditemui di laut.
ADA IBU TENTU ADA ANAK. . . . HA HA HA
No comments:
Post a Comment