Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 05, 2010

PILIHAN DI LEMBAH KELANG? TUKAR BUAT APA BEGITU?

TUDM Cari Tapak Baru Ganti Pangkalan Sungai Besi
KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang mengenal pasti beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang untuk dijadikan pangkalan baru bagi menggantikan pangkalan sedia ada di Sungai Besi.
Timbalan Panglima TUDM Lt Jen Datuk Shahron Ibrahim berkata TUDM dan Kementerian Pertahanan masih mengkaji lokasi strategik yang bersesuaian sebelum membuat keputusan untuk memindahkan pangkalan Sungai Besi ke lokasi baru.
"Kita telah meninjau beberapa lokasi, namun keputusan belum boleh ditetapkan kerana proses ini memerlukan perancangan dan kajian rapi. Kita masih mencari lokasi yang pastinya mesti strategik dan sesuai sebagai pangkalan logistik," katanya kepada pemberita selepas pada majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang 153 pegawai dan anggota TUDM di Pangkalan Sungai Besi, pada Khamis.
Shahron berkata Pangkalan Sungai Besi tidak akan ditutup tahun ini tetapi lokasi baru itu perlu ditetapkan tahun ini kerana proses membangunkan sebuah pangkalan mengambil masa kira-kira tiga tahun.
Selain itu, proses memindahkan Pusat Operasi Tentera Udara serta inventori dan sistem pertahanan tidak mudah dilaksanakan kerana memerlukan perancangan rapi dan perpindahan secara berperingkat-peringkat, katanya.
Pada Jun lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pangkalan itu yang dahulunya merupakan Lapangan Terbang Sungai Besi akan ditutup bagi memberi laluan kepada projek pembangunan 'Greater KL' seperti yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-10.
Lapangan terbang berusia 54 tahun itu bakal dimajukan dan dibangunkan semula secara bersama melibatkan kerajaan, swasta serta pelabur asing, malah satu perjanjian telah ditandatangani membabitkan kementerian, pemaju iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan pelabur dari Timur Tengah.
Lapangan Terbang Sungai Besi merupakan lapangan terbang pertama di negara ini.
Shahron, yang telah berkhidmat selama 40 tahun dan akan bersara tidak lama lagi, berkata beliau akan menghabiskan baki cutinya dan mengikuti kursus peralihan wajib sebelum sepenuhnya bersara pada 23 Mac tahun depan.
"Saya percaya saya telah buat yang terbaik untuk pasukan dan organisasi. Saya harap ATM termasuk TUDM akan terus cemerlang dan komited serta menjadi institusi yang digeruni," katanya. -BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu