Pecat 1,000 pegawai Arroyo - UTUSAN ONLINE
MANILA 4 Ogos - Presiden Filipina, Benigno Aquino memecat hampir 1,000 pegawai yang dilantik pemegang jawatan tertinggi itu sebelum ini dalam tempoh pilihan raya Presiden, namun menerima pelantikan Ketua Hakim Mahkamah Agung pada Mei lalu.
Aquino menandatangani arahan eksekutif minggu lalu yang memecat 977 'pelantikan tengah malam' oleh bekas Presiden Gloria Macapagal Arroyo selepas 10 Mac, dua bulan sebelum pilihan raya umum, kata kerajaan hari ini.
"Ia melanggar prinsip yang mana dalam tempoh pilihan raya Presiden, pentadbiran ketika itu hanya boleh bertindak sebagai pentadbiran sementara," kata ketua penasihat perundangan Presiden, Eduardo de Mesa.
Ingatkah anda bagaimana BALKIS dibubarkan dan wang dipindahkan ke BAKTI selepas BN kalah di Selangor? Itu baru satu kes yang nampak. Penggunaan jenetera kakitangan awam semas tempoh berkempn sesudah Dewan Rakyat dibubarkan? Dan banyak lagi dan lagi dan lagi....
Ketua Hakim Mahkamah Agung, Renato Corona mengekalkan jawatan walaupun Aquino mengkritik keras pelantikan yang dibuat tidak lama selepas pilihan raya 10 Mei lalu. Ketika mengangkat sumpah, Aquino menggunakan hakim lain.
Jurucakap Presiden, Edwin Lacierda berkata, kebanyakan pegawai yang dilantik Arroyo memegang jawatan Menteri Kabinet, Timbalan Menteri Kabinet dan beberapa eksekutif agensi serta syarikat kerajaan, telah dipecat sejak kerajaan baru mentadbir 30 Jun lalu. - REUTERS
No comments:
Post a Comment