Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, July 14, 2010

Belum Ada Keputusan Mengenai Isu Loji Rawatan Air - MB Khalid

BOLEH HARAP KE NIH? "Beliau juga berkata Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Ramli Mahmud telah ditugaskan untuk menyelesaikan isu air itu dengan Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan, Datuk Dr.Halim Man."
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor belum membuat sebarang keputusan mengenai pembinaan loji rawatan air Langat 2, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Selasa.
"Selangor belum buat keputusan sama ada meneruskan projek itu oleh kerana ia belum ada menerima cadangan atau tawaran menerusi rundingan, dari Kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Dewan Negeri di sini.

Khalid mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini bahawa pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkemungkinan menghadapi catuan air menjelang 2014, jika kerajaan Selangor masih enggan bekerjasama dalam pembinaan loji yang dicadangkan itu. Beliau dilaporkan berkata catuan itu tidak saja menimbulkan kesulitan terhadap pengguna individu, tetapi juga industri.
Khalid menjelaskan kerajaan negeri mahu menyelesaikan isu berhubung pembinaan loji berkenaan bersama dengan rundingan mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor. "Bagaimanapun, kerajaan persekutuan pula mahukan dua isu itu dibincangkan berasingan. Tetapi kami (kerajaan negeri) merasakan kedua-dua isu harus dilihat dan dibincangkan sebagai satu isu. Khalid berkata rundingan dan perjanjian antara kerajaan negeri dan pusat dalam isu air adalah penting tetapi berpendapat operasi itu mestilah dalam satu entiti di bawah Selangor.
Beliau juga berkata Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Ramli Mahmud telah ditugaskan untuk menyelesaikan isu air itu dengan Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Dr.Halim Man. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu