Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, July 12, 2010

PBT Lemah, Kajian Penurunan Cukai Pintu Diteruskan



DS Khir Toyo tentu setuju SERAHKAN PENYAPU kepada LIMA PBT yang tak dapat kutip cukai sasaran 70%.


Kerajaan negeri masih dalam kajian untuk menurunkan cukai pintu memandangkan prestasi kewangan setiap Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini masih lagi belum berada di dalam keadaan kukuh kukuh.

Berdasarkan penyata kewangan PBT sehingga 31 Disembar 2009, analisis terhadap baki tunai berbanding purata bulanan PBT Selangor mendapati terdapat hanya lima PBT yang mampu beroperasi dengan baik setakat ini.

“Selangor mendapati hanya lima PBT mampu beroperasi sekiranya tiada langsung hasil dapat dikutip iaitu MBPJ-5.49 bulan, MPAJ-3.21 bulan, MPKJ-4.06 bulan, MPSP 5.45 bulan dan MDSB 4.37 bulan. Manakala tujuh PBT lain tidak dapat menampung operasi sekiranya tiada kutipan dikutip dalam tempoh setahun. Malah, terdapat PBT yang berada dalam kedudukan kewangan yang tidak baik.”


Selain itu, Ronnie berkata pada tahun ini, kerajaan negeri memutuskan agar pengecualian cukai taksiran diberikan kepada mana-mana premis komersial yang tidak dapat diduduki atau disewakan. Beliau berkata kaedah bagi pelaksanaan arahan ini juga sedang dalam perbincangan antara kerajaan negeri dan PBT.


Ronnie turut memperincikan langkah-langkah lain bagi memantapkan pengurusan kewangan PBT adalah dengan penyeragaman sistem perakaunan di PBT dan penyeragaman penyata kewangan yang sedang diusahakan oleh kerajaan negeri dapat beroperasi dengan lebih baik sekali gus dapat menurunkan cukai pintu pada masa hadapan.


Menjawab pertanyaan bertulis yang dikemukakan oleh ADUN Kg. Tunku, Lau Weng Sa  berhubung apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri dalam memastikan kutipan cukai mencapai sasaran 90 peratus , ini jawapan Ronnie. 
“Langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan negeri buat masa ini adalah untuk memastikan kutipan cukai semasa emcapai sasaran 90 peratus dan tunggakan cukap dapat dikutip sehingga 70 peratus. Antara langkah-langkah yang telah diambil bagi menggalakkan kutipan tunggakan cukai taksiran, kerajaan negeri telah memberikan diskaun terhadap denda lewat cukai taksiran sehingga 70 peratus kepada para penghutang cukai taksiran pada tahun 2009.”

No comments:

Cerita Dolu Dolu