TIADA LANGSUNGKAH JALAN PENYELESAIAN?
Sesiapa pun marah apabila semalam tetiba rakyat digemparkan dengan kenaikan harga barang penting iaitu petrol, diesel dan gula. Kenaikan tersebut mungkin minima tetapi rentetan dari kenaikan tersebut bagaimana? tak sampai 24 jam F&N telah memaklumkan mungkin terpaksa menaikkan harga susu pekat tin walhal entah mamat tak bernama kata kenaikan harga gula memberi impak sebanyak RM 0.0115 sahaja setiap gelas? Tu ikut harga gula, ni susu pekat nak naik apa pulak kesannya? Impak kenaikan harga gas bagaimana pula? Tukang hantar susu dan gula kena up juga. Kita tunggu kesan berangkai dari kenaikan harga diesel walaupun cuma RM 0.05 sahaja. Masa Pak Lah naikkan minyak gila-gila (60%) dulu pun sama - harga barang naik tapi sedarkah bahawa syarikat penghantaran mendapat subsidi jika memohon kepada LPKP dengan harga asal sebelum kenaikan? Sekarang tak pastilah sebab LPKP kat mana?
Sesiapa pun marah apabila semalam tetiba rakyat digemparkan dengan kenaikan harga barang penting iaitu petrol, diesel dan gula. Kenaikan tersebut mungkin minima tetapi rentetan dari kenaikan tersebut bagaimana? tak sampai 24 jam F&N telah memaklumkan mungkin terpaksa menaikkan harga susu pekat tin walhal entah mamat tak bernama kata kenaikan harga gula memberi impak sebanyak RM 0.0115 sahaja setiap gelas? Tu ikut harga gula, ni susu pekat nak naik apa pulak kesannya? Impak kenaikan harga gas bagaimana pula? Tukang hantar susu dan gula kena up juga. Kita tunggu kesan berangkai dari kenaikan harga diesel walaupun cuma RM 0.05 sahaja. Masa Pak Lah naikkan minyak gila-gila (60%) dulu pun sama - harga barang naik tapi sedarkah bahawa syarikat penghantaran mendapat subsidi jika memohon kepada LPKP dengan harga asal sebelum kenaikan? Sekarang tak pastilah sebab LPKP kat mana?
Ni belum masuk kes GST lagi yang dijangkakan dikenakan sebanyak 4%. Makenisma bagaimana tu kena maklumkan secara mudah kerana rentetan kenaikan barang - domino effect - tetap akan berlaku. Contohnya GST akan menyebabkan(?) Cukai Jualan (10%) dan cukai Perkhidmatan (5%) dimansuhkan. Semalam kami sekeluarga makan di kedai dan bila bayar ada kos tambahan selain Government Tax (5%) ada Service Charges 10%. Bagaimana dengan tindakan kepada syarikat yang mengenakan Service Charges ini?.
Bayangkan pula senario begini. Pada PRU ke-13, Pakatan Rakyat merampas Putrajaya. Apakah PR mampu (GERENTI) dapat menurunkan harga barangan keperluan? Dengan bermacam-macam cerita ngeri - sana-sini nak bangkrap, sana-sini ada kebocoran, masalah ketirisan kewangan. Bayangkan Cukai Pintu yang tinggi di Selangor yang dipersetujui oleh kerajaan terdahulu untuk dinaikkan dan apabila berkuatkuasa pun sukar kerajaan Pakatan Rakyat nak turunkan. Bayangkan BN kalah dan apa berlaku kepada BALKIS juga berlaku pada banyak GLC. Apa yang mampu Pakatan Rakyat buat serta merta. Belum lagi sabotaj jika ada.
Bayangkan juga semua tiada masalah tetapi keadaan ekonomi dunia seperti kenaikan harga minyak dunia melampau menyebabkan tiada pilihan terpaksa dinaikkan juga harga minyak. Mampukah ianya dipertahankan? Masalah ekonomi dunia jika menurut sejarah mempunyai kitaran rodanya sendiri. Dengan keuntungan Petronas yang dah menyusut bermakna harga minyak akan naik lagi pada masa depan dan mungkin masa tersebut masa Pakatan Rakyat memegang tampuk kuasa. Apakah jaminan harga barang TAK mungkin naik lagi sedangkan harga barangan akan mendapat impaknya bergantung kepada pengeluaran dan permintaan. Kita ketepikan masalah seperti isu -isu PKFZ yang tak selesai, kes-kes tender - direct nego dan sebagainya.
Apa yang mengecewakan dalam kes kenaikan baru-baru ini dan dibenci ramai sebenarnya adalah cara. Sedangkan Parlimen bersidang sehingga 15 Julai 2010 tetapi tiada dibincangkan langsung fasal ini. Kenapa tidak boleh dibincang dan dapatkan mandat dari MP yang ada? Tentangan? Biasalah. . . . Benda baik dan betul pun ditentang (tengok contoh YB BN nak dilantik jadi pengerusi PAC Selangor).
Bayangkan senario sebegini : Kerajaan membincangkan di Parlimen dan mendapat cadangan dari MP kemudian memaklumkan tarikh bila bakal berlaku kenaikan - contohnya 6 bulan dari tarikh Parlimen luluskan. Akan berlaku banyak masalah lain seperti kes sorok barang atau seludup yang mana perlukan pemantauan yang cekap tetapi sekurang-kurangnya rakyat lebih bersedia. Seperti juga GST - bila akan dilaksanakan? Menteri-menteri ni kalau cakap : Tengah bincanglah, Tak jadilah dan pelbagai lagi. Kenapa tidak maklumkan tarikh bila akan bermula GST - Nak buat stail terkejut juga?
Cara ini samalah seperti tarikh Pilihanraya yang disorok "TAK TAHU LAGI" dan tiba-tiba BOOOMMM. . . . . Esok Dewan dibubarkan.
Kerajaan harus berubah sikap dengan lebih professional. Berbincang dan beri maklumat yang betul asas kenaikan tersebut serta kemanakah (jika melibatkan pengurangan subsidi) wang tersebut akan digunakan. Ramai masih ingat Pak Lah kurangkan subsidi melibatkan 1 Billion dan dikatakan untuk prasarana pengangkutan awam tetapi tiada maklumat terperinci kemana wang tersebut telah atau akan dibelanjakan. Jika semua perkara tersebut diambil kira dan dibincangkan DAN rakyat tiada pilihan saya rasa pengurangan subsidi atau kenaikan harga barang masih boleh diterima. Penjimatan kali ini sebanyak RM750 Juta? Untuk kemana? Jangan tetiba buat bayar Duit Raya Peneroka Felda seperti yang dijanjikan sudahlah.
Apabila dibuat secara serang hendap, pihak berwajib dan juga balaci-balaci mulalah memberi perbandingan bodoh bahawa Malaysia masih murah jika dibandingkan dengan sana dan sini. Tiada pula dibuat perbandingan secara keseluruhan seperti pendapatan per kapita, harga barangan lain, kos-kos (contohnya lebuhraya tiada tol, perkhidmatan Perubatan percuma dan sebagainya.). Adakah alasan tersebut boleh diterima oleh rakyat marhaen yang kenaikan tahunan pun entah ada entah tiada, gaji masih dibawah paras kemiskinan.
Contoh mudah Petrol Malaysia masih lagi murah dari Thailand - apakah jika Thailand lebih murah, rakyat Malaysia akan berduyun-duyun ke Thailand untuk isi minyak?
Contoh mudah Petrol Malaysia masih lagi murah dari Thailand - apakah jika Thailand lebih murah, rakyat Malaysia akan berduyun-duyun ke Thailand untuk isi minyak?
Saya beri contoh kenaikan elaun untuk speaker baru-baru ini.
* Kenaikan RM1,000 bagi elaun bulanan perumahan - dari RM3,000 untuk RM4,000.
* Elaun tahunan selenggaraan rumah sebanyak RM10,000.
* Pinjaman perumahan dinaikkan dari RM480,000 kepada RM720,000.
* Bayaran RM5,000 untuk pindah rumah.
* Kenaikan bayaran elaun orang gaji dari RM2,000 kepada RM2,500
atau diganti dengan menyediakan 4 orang gaji
* Kenaikan dari RM2,000 kepada RM3,000 untuk membeli telefon bimbit serta aksesorinya
bagi setiap tiga tahun
* Elaun tahunan selenggaraan rumah sebanyak RM10,000.
* Pinjaman perumahan dinaikkan dari RM480,000 kepada RM720,000.
* Bayaran RM5,000 untuk pindah rumah.
* Kenaikan bayaran elaun orang gaji dari RM2,000 kepada RM2,500
atau diganti dengan menyediakan 4 orang gaji
* Kenaikan dari RM2,000 kepada RM3,000 untuk membeli telefon bimbit serta aksesorinya
bagi setiap tiga tahun
* Kadar maksimum yang boleh dituntut bagi bayaran telefon rasmi dinaikkan dua kali ganda -
dari RM500 kepada RM1,000
* Elaun 'baju sejuk' dinaikkan tiga kali ganda - dari RM2,000 kepada RM6,000
* Kadar bayaran bagi pakaian upacara rasmi dinaikkan dari RM1,000 kepada RM1,500 bagi setiap tiga tahun.dari RM500 kepada RM1,000
* Elaun 'baju sejuk' dinaikkan tiga kali ganda - dari RM2,000 kepada RM6,000
* Kos penginapan harian dinaikkan dari RM600 kepada RM2,000 untuk cuti tahunan di luar negeri.
Ambil YANG PALING MUDAH - ORANG GAJI pun dibayar. Rakyat biasa? Kalau katalah suami isteri bekerja, gaji RM3,000 dan anak 3 orang dan kecil lagi nak hantar ke TASKA sorang kena bayar RM300 = RM900 untuk 3 orang jadi lebih baik ambil orang gaji dengan gaji RM500 - jimat RM400 tetapi pendapatan dah susut RM500 (Tinggal RM2,500). Kos makan naik ke tidak tu isu lain. Adakah speaker ini merasai kesukaran yang dirasai oleh rakyat marhaen seperti contoh diatas? - jawablah dengan ikhlas.
Apa yang penting adalah perubahan sikap dan cara. Ketelusan seperti yang cuba ditunjukkan oleh Kerajaan Selangor diharap digunapakai secara positif oleh Kerajaan persekutuan pada masa akan datang. Jangan salahkan rakyat apabila BN semakin dibenci rakyat. Hentikanlah politiking melampau yang merugikan rakyat marhaen.
Yang Berhormat mempunyai majikannya iaitu rakyat - yang mengambilnya bekerja (Melalui Peti Undi).
Wang kutipan cukai samada dari individu mahu pun syarikat adalah HAK NEGARA dan bukan HAK PARTI. Kerajaan memerintah adalah pemegang amanah untuk menguruskannya dan semua rakyat berhak. Kerajaan Persekutuan bukan membuat jasa tetapi melaksanakan tanggungjawab - dua perkara yang berbeza.
Jika ANDA tidak faham biar saya beri contoh begini
Sebuah syarikat melantik seorang akauntan A untuk menguruskan wang dan kewangan syarikat. Apakah layak akauntan A itu mengatakan (mungkin setelah bekerja agak lama) bahawa wang di dalam syarikat itu haknya dan orang lain tidak layak menguruskannya? Jika akauntan B masuk kedalam syarikat tersebut, akauntan B itu tidak mungkin dapat membuat apa-apa sebab dia tiada wang untuk diuruskan? Walhal wang tersebut adalah hak syarikat?
Samalah dengan komen yang agak menyedihkan bahkan dari Menteri apabila mengatakan Pembangkang tak mampu membuat apapun jika memerintah kerana pembangkang tiada wang untuk melaksanakan pembangunan.
ANDA - YB YB dari BN yang berkata begitu ibarat akauntan A tadi. Anda sebenarnya menjatuhkan tahap kecerdikan anda ke longkang.
SUMBER- SUMBER maklumat:
- ADUN Umno Tolak Usul Lantikan Sebagai Pengerusi PAC
- Harga Produk F&N Dairies Mungkin Naik
- Barang Naik !
- Pengumuman Kenaikan Harga 'Secara Sembunyi', Persatuan Pengguna Kesal
- Kenaikan 5-1: Anwar Saran Empat Langkah Bantu Rakyat
- Elaun Pelantikan Dan Tamat Perkhidmatan Speaker Dewan Negara, Dewan Rakyat RM10,000
2 comments:
salam Tuan
nice artikel
minta izin copy and paste
Silalah ambil jika memberi manafaat
Post a Comment