Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, April 29, 2011

FIKIR-FIKIRKAN. BERSIMPATI DENGAN KELUARGA ALLAHYARHAM

Jika dilihat kepada kronologi dibawah terutama #4 dan #5, apakah yang akan berlaku agaknya jika kenderaan mangsa dapat dipintas oleh kereta yang digesel serta motosikal yang terjatuh tersebut/ Apakah tujuan sebenar motosikal itu mengejar kenderaan mangsa? Menuntut gantirugi? Atau menuntut 'bela'? Lebih gusar memikirkan jika mangsa tidak bertembung dengan polis apakah akan berlaku? Dipukul dan dikeronyokkah dia? 

Kenapa saya menyatakan ini kerana saya memerhatikan sendiri anak-anak jiran bukan lagi menunggang motor bahkanmemandu kereta walhal masih bersekolah. Ada yang ditingkatan 4 bahkan ada yang masih ditingkatan 2. Adakah ahli keluarga mereka tidak tahu atau mereka ini memandu kereta tersebut secara curi-curi? Bahkan tidak kerana ibubapa merekalah yang mengajar memandu. Mereka dengan berani memandu diwaktu siang untuk mengambil adik pulang dari sekolah. Ada yang balik lewat malam kerana keluar ke kedai mamak (memang kena boikot kedai mamak nih!) menonton EPL. Ada juga yang dengan bangga bercerita pergi ke Up-Town yang kita ketahui sesak dan dibuka pada waktu malam dan dinihari.

Jika berlaku pergeseran kenderaan seperti kes Aminurasyid, apakah tindakan yang akan diambil oleh mereka yang digesel terutamanya belia-belia yang berdarah panas, pada waktu malam pula. Adakah kita baru hendak sedar apabila anak-anak dah terbungkang dalam longkang dikeronyok oleh entah siapa? Kita sedia maklum mereka tidak mempunyai lesen akan bersikap lebih panik jika berlaku sebarang situasi berisiko seperti kemalangan. Bagaimana pula jika mereka terlanggar anak-anak jiran. Apakah kita hendak mengatakan ianya takdir? Ajal sudah sampai? Dan ianya selesai sebegitu?

Kenyataan saya ini bukan untuk menidakkan kekhilafan yang telah dilakukan oleh polis yang menembak Allahyarham adik Aminulrasyid bahkan untuk mengingatkan sesama kita agar tidak membiarkan anak-anak yang belum layak mempunyai lesen kereta dibiarkan memandu kereta. Begitulah terkejutnya apabila sebuah kereta Unser terjun ke longkang akibat kegagalan mengambil selekoh dengan betul. Tempat berlaku kemalangan adalah dikawasan kejiranan dan biasanya ramai budak-budak duduk dilongkang tersebut semasa menunggu untuk bermain bola. Pemandu yang terbabas tersebut adalah pelajar Tingkatan 3/4. Bayangkan jika melibatkan nyawa, siapakah harus dipersalahkan? Pemandu/pelajar tersebut atau keluarga yang membiarkan dia memandu kenderaan tersebut?

Lebih-lebih lagi anak saya sendiri baru sahaja mendapat lesen memandunya pada bulan Februari dan saya masih ikut dia memandu dan memperbetulkan sebarang kecuaian semasa memandu agar dia benar-benar faham kepentingan memandu dengan selamat. Bukan bermakna ada lesen sudah boleh memandu dengan bebas. Apatah lagi dengan kenderaan sekarang kebanyakannya AUTO lebih mudah untyuk dikendalikan berbanding MANUAL. FIKIR-FIKIRKAN


Setahun sudah berlalu, keluarga masih ratapi ketiadaan Aminulrasyid

April 29, 2011
Kronologi detik-detik kejadian Aminulrasyid Amzah terbunuh dalam tembakan anggota pihak polis pada 26 April 2010. Setahun sudah berlalu, keluarga masih ratapi ketiadaan Aminulrasyid
KUALA LUMPUR, 29 April — Awal minggu ini genap setahun kematian Allahyarham Aminulrasyid Amzah, remaja mati dalam kejadian tembakan anggota polis, namun sehingga hari ini keluarga remaja berusia 16 tahun ini masih meratapi pemergiannya yang disifatkan sebagai “terlalu awal.”
Bercakap kepada The Malaysian Insider, ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad mengakui dia masih lagi teringat dan terbayang sikap manja anak bongsunya itu.
“Rutin harian saya sama seperti dulu tapi arwah (Aminulrasyid) tetap masih dalam ingatan saya... nak pejamkan mata saya teringatkan dia, nak buat kerja pun saya teringatkan dia, walau sesaat pun saya sentiasa teringat akan dia... apa yang dia buat saya masih lagi terbayang, saya tidak boleh lupa langsung.
“Arwah tidak sakit tapi tiba-tiba sahaja dia tiada, kalau saya keluar rumah dan terpandang tempat kejadian, hanya Allah sahaja tahu macam mana perasaan saya, saya tidak tahu macam mana nak gambarkan kesedihan yang saya alami ini... kesedihan yang saya dan keluarga tanggung selama setahun ini,” katanya.
Aminulrasyid, mati terkena tembakan polis di Seksyen 11, Shah Alam ketika cuba melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda.
“Saya boleh rasa bagaimana takutnya dia untuk sampai ke rumah, sampai hari ini kawannya yang turut berada dalam kereta itu masih lagi trauma.
“Anak saya bukan budak jahat, dia hanya pergi menonton siaran langsung bola sepak sahaja, jangan nak kata anak saya penjenayah... saya kenal siapa anak saya dan saya tak boleh terima bila ada orang kata anak saya penjenayah, mereka yang cakap macam itu memang buta hati dan tiada perasaan langsung.
“Kalau ikutkan hati saya memang tidak boleh terima kematian dia yang terlalu cepat tapi benda dah berlaku saya kena terima ketentuan Allah tapi sampai sekarang saya tetap tidak boleh terima orang kata anak saya penjenayah,” kata Norsiah, 61.
Kata Norsiah, sehingga hari ini dia masih terasa Aminulrasyid berada di sampingnya.
“Saya masih lagi terbayang-bayang kelakuan, gelagat dam semua perangai dia... kalau saya lihat budak sekolah lalu depan rumah saya dah rasa semacam, saya seolah-olah nampak anak saya.
“Kalau saya lalu tepi padang saya nampak Aminulrasyid ada bersama kawan-kawan dia bermain bola sepak, kalau saya rindukan dia saya akan ke padang untuk lihat kawan-kawan dia,” katanya.
Dalam perbualan ringkas itu, Norsiah masih menimbulkan beberapa kemusykilan berhubung kematian Aminulrasyid.
“Saya tak boleh terima orang kata anak saya penjenayah, itu zalim namanya... janganlah tembak orang sesuka hati, adakah itu hukuman yang anak saya patut terima? Kalau anak sendiri yang kena macam mana? Apa yang akan dia rasa?” katanya.
Tegas Norsiah, walaupun keluarganya dituduh “keluarga penjenayah” namun dia akan tetap memastikan kematian anaknya itu terbela.
“Orang ingat saya boleh dengar sahaja apa yang mereka cakap pasal keluarga saya... pasal anak saya, saya nak tegaskan kami bukan dari keluarga penjenayah dan anak saya bukan penjenayah seperti mana yang polis kata tahun lalu.
“Mentang-mentang anak saya sudah tiada, macam-macam mereka kata pasal dia... sedap mulut cakap anak saya penjenayah, anak saya berumur 14 tahun (ketika kejadian), apa jenayah yang dia boleh buat? Saya tak hairan apa orang nak kata tapi saya akan pastikan kematian anak saya terbela, siapa yang bersalah akan bertanggungjawab... kalau tidak di dunia Allah akan balas di akhirat nanti,” katanya.
Ekoran daripada kejadian itu, seorang pegawai polis telah didakwa di mahkamah kerana menembak mati Aminulrasyid.
Koperal Jenain Subi, menghadapi tuduhan menyebabkan kematian terhadap Aminulrasyid, di antara 1.10 pagi hingga 2 pagi di Jalan tarian 11/2, pada 26 April, 2010 mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalah boleh dipenjara sehingga 30 tahun.
Perbicaraan kes itu masih berjalan.
Menceritakan kenangan bersama Aminulrasyid, Norsiah berkata anaknya itu akan sentiasa menemaninya di rumah.
“Dulu kalau dia anak rumah ini meriah, dia akan ketawa, gembirakan saya tapi sekarang tiada lagi gelak tawa dia... sekarang di rumah saya ditemani anak dan cucu.
“Biasa dulu pergi ke mana-mana mesti dengan Aminulrasyid, pergi pasar malam dengan dia, kalau bulan Ramadan kami akan solat terawih bersama di surau yang berdekatan tapi semua itu hanya tinggal kenangan bagi kami sekeluarga,” katanya.
“Malah saya masih menyimpan pakaian Aminulrasyid sebagai kenangan...mudaha-mudahan dia di tempatkan syurga,” tambah Norsiah.

No comments:

Cerita Dolu Dolu