Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, September 02, 2005

MEMPERINGATI SEJARAH - 27 OGOS


Tanggal 27 Ogos 1883 tercatat sejarah kemusnahan alam oleh letupan Krakatoa bersamaan dengan kekuatan letupan 21,000 bom nuklear yang menghasilkan tsunami setinggi 40 meter, mengakibatkan kematian serta-merta keatas hampir 36,000 orang serta menggelapkan Jakarta. Bunyi letupan tersebut merupakan letupan terkuat pernah di dengar oleh dunia dimana bunyi letupan tersebut mengelilingi bumi sebanyak lima kali. Ianya merupakan kemusnahan alam pertama yang direkodkan dengan terperinci terutama orang Belanda yang berada di Indonesia pada masa itu. Kemusnahan tersebut melenyapkan langsung 1/10 dari Pulau / Krakatoa tersebut.
Pada Ogos 1930, di kawasan yang sama muncul pulau baru di Selat Sunda dan pulau ini dikenali sebagai Anak Krakatoa. Anak Krakatoa merupakan gunung berapi aktif yang mempunyai rekod letupan seperti berikut:
2001, 2000, 1999, 1997, 1996, 1994-95, 1992-93, 1988, 1981, 1980, 1979, 1978, 1975, 1972-73, ?1969, 1965?, 1959-63, 1958-59, 1955, 1953, 1952, 1950, 1949, 1946-47, 1946, 1945, 1944, 1943, 1942, 1941, 1938-40, 1937, 1936, 1935, 1932-34, 1931-32, 1927-30.
Letupan tersebut meningkatkan lagi ketinggian Anak Krakatoa dan kini mencapai hampir 3,000 meter (menyamai ketinggian Krakatoa). Volkanologist sedang melakukan pemantauan dari semasa ke semasa terutama kelikatan lava kerana ianya mempengaruhi letupan yang bakal berlaku. Di jangkakan Anak Krakatoa bakal menandingi Krakatoa dari segi kekuatan letupan tetapi pergerakan Piroklastiknya akan menyebabkan tsunami yang bakal memusnahkan dan mengancam lebih banyak nyawa dan mungkin menyamai tsunami 2004.
Dengan gempabumi yang semakin kerap di kawasan sekitar terutama selepas gempabumi yang menyebabkan tsunami Disember 2004, gelinciran bumi mungkin memudahkan aliran lava ke gunung berapi dan sekali gus menyebabkan ia terhambur keluar.
Kekuatan letupan Krakatoa dapat di dengar oleh nenek tiri saya. Apakah saya juga akan mendengar letupan Anak Krakatoa? Apakah letupan Anak Krakatoa bakal menjadi 'suara kuat dari langit' yang di kaitkan dengan kemunculan Al-Mahdi dan Dajjal?

2 comments:

mynicknames said...

ada tak sejarah yang happening yang boleh buat kita from ear to ear. ini cerita krakatoa, tsunami, katrina, kemunculan almahdi & dajjal. lose up a bit la mahaza. kecut perut den. bekalan tu ada cuma tak seperfect mana. ni waktu maghrib still in office. sembahyang sendiri tak boleh berimam kat masjid nak score lebih. baca pulak hal krakatoa ni. ayoyo. baru nak ashikmasyuk dengan tsumawi...

Anonymous said...

okay ler tu....

Cerita Dolu Dolu