Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 01, 2005

SAMBUTAN MERDEKA 31 OGOS 2005


Aku mulakan dengan sambutan 31 Ogos 2005 dengan bangun pagi mandi dan solat subuh. Lepas tu lepak-lepak sambil tengok tv lepas bagi kura-kura makan. Ikan kat akuarium pun nampak okay je. . . Awal lagi, tengok news NHK dulu pasal taufan yang melanda Okinawa. Takde lah serius sangat. Yen menurun ke USD1= JPY111.35.
Bermula di Astro Ria menonton perarakan di Dataran Putrajaya. Walaupun Putrajaya telah menjadi Pusat Pentadbiran kenapa diorang tak nak buat di Dataran Merdeka ye? Sejarahnya, memorinya yang tentu lebih sesuai dan paling utama, rakyat marhaen ni senang lah sikit nak pergi. Ada bas, ada LRT. Kalau Putrajaya tu, kos tinggi sikit nak pergi belum termasuk kos makan yang YA RABBI. . . Merdeka untuk elitis sahaja kah? Perarakan habis pukul 11:00 tapi sambung sikit lagi kat RTM1 sampai pukul 11:30. DUM! dan tiupan angin kencang serta hujan yang amat lah lebat. Tutup TV. Rehat-rehat sambil org rumah sibuk masak kek chocolate moist. Internet pagi okay, masuk tengahari langsung, asyik hanging je server. Ye lah dial-up. Nak masuk broadband usage aku kat rumah sebulan RM20.00 pun dah tinggi dah. EDGE okay ke tengah dok pikir nih. Nantilah tanya kawan aku Tn. Haji R kat DIGI tu....
Oo? Hujan dah berhenti, pergi ke Giant Seksyen 18 sebab nak beli baju melayu sekolah anak dan barang-barang nak masak petang ni. Sambil mendengar lagu dari CD Mawi World di radio kereta yang baru di pasang.
Balik rumah dah dekat pukul 2. Makan tengahari dulu, ayam rendang dan sayur bayam. Anak-anak dah makan dulu dah. Lapar katanya. Solat Zohor dan buka ASTRO Ria balik. Ada ulangan Konsert Akhir AF3. Layan kejap.
Pukul 4, siap siap untuk pergi rumah adik ipar sebab ada birthday party. Sampai rumah adik ipar, Mawi dah nak habis nyanyi 'Aduh Saliha'. Tunggu adik ipar lagi sorang datang sambil maid tengah prepare untuk buat spagetti. Org rumah tengok baby kat atas. Maid aku tertinggal rendang ropanya. Ingat nak bagi adik ipar yang dalam pantang tu.
Adik ipar yang sorang lagi sampai dan letak lah barang-barang lepas tu start le topik-topik untuk mula berborak tapi main topics - Mawi di konsert merdeka sampai lah cerita dalam Mingguan Perdana pasal tunang Mawi. "Ooiii !!! kek tu cair kang!!" Alamak baru diorang ni teringat hari ni harijadi lah. Penangan Mawi. . . Keluarkan kek ada dua nama - satu Tajul Ariff 5 tahun, 31/8 dan nama mak mertua yang lahir pada Ogos juga. Ramai ye lahir Ogos dalam family. Baby yang baru tu, 12 Ogos. . . "Mawi pun bulan Ogos" kata adik ipar. Hek eleh. . .
Lepak lagi sambil tengok Discovery Channel pasal Karakatoa. Teringat mbah tiri bercerita pasal letupan Karakatoa masa umurnya 10 tahun. Mbah aku pun dah aruah pada umur 118 kata aruah bapa aku. Aku kat oversea masa tu. Betullah. Letupan terhebat sehingga 5 hari masih terdengar di seluruh dunia. Anak Karakatoa sedang mengumpul ketinggian dan mungkin jika meletup memenuhi ciri Karakatoa dan masa nya mungkin tak lama lagi?
Balik ke rumah pada pukul 9:30 malam. Penat idak tapi kenyang nyer lah. . .
Tinggal 5 hari sebelum peperiksaan UPSR....

5 comments:

Anonymous said...

alamak pap, i really missed that Karakatoa punya rancangan. Ada ulangan tak? Punyala suruh adik I remind dr kelamrin dulu! cisss.

Anonymous said...

tak sure dia punya repeat bila. maybe kalau check kat website ada mention kot? kisah anak belanda yang jaga kawasan kat lampong (tak sure sbb ingat tempat ni je, tempat maid adik ipar) meninggal dlm dukungan sebab sesak nafas sedut gas beracun dari fume tu memang sedih gak lah.... hilang trill?

Anonymous said...

Baby yang baru tu, 12 Ogos. .
Aku punya birthday pun 12 Ogos...

Chalok

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Chalok,
Kat Sudan ke? Camana kat sana, ada okay? Ke kat sini balik meeting?

note : lain kali select others ye. aku ingat sapa tadi...

Cerita Dolu Dolu