Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, September 11, 2005

Aktiviti Sabtu 10/09/2005


GOTONG ROYONG SURAU AL-HUSNA
Surau Al-Husna Seksyen 20 menyambung aktiviti gotong-royong membuat tandas dan stor. Gotong royong bermula dari 09:00. Sukarelawan agak kurang hari ini (sampai nasi lemak berlebih-lebih lah pulak) mungkin kerana ada yang bekerja (seperti bank) dan juga remaja yang perlu mengganti waktu persekolahan akibat jerebu tempohari.
Tumpuan diberi pada kabin yang telah ditarik minggu lepas untuk tugas menambak dan menyimen. Kemudian kerja diteruskan ke tapak asas untuk tandas. Tanah yang telah dikorek oleh bulldozer sehari sebelumnya memudahkan kerja menambak kabin. Kerja akan disambung lagi pada 11.09.2005 untuk kerja mengecat kabin dan asas tandas. Pada sebelah malam 11.09.2005 majlis kesyukuran akan di adakan. Untuk gambar-gambar gotong royong boleh di lihat dengan klik gambar.
KENDURI KESYUKURAN
Ini tiada kena-mengena dengan kenduri di surau. Pada sebelah petang, selepas selesai membeli belah ke pasar tani seksyen 19, kami sekeluarga bergerak ke Kg. Subang untuk pergi ke kenduri kesyukuran dan harijadi rakan sekerja mama. Jalan baru Highway Guthrie memudahkan perjalanan dan kami sampai dalam masa 20 minit. Itupun sebab cari jalan/rumah rakan tersebut. Semasa kami tiba rupanya doa selamat dah selesai. . . tinggal makan aje lah. Terima kasih kepada tuan rumah. Kami pulang sejam selepas itu. . .
Arghhh. . . kena gi kerja lah besok, hari ni tak sempat ooo. . . .

2 comments:

Anonymous said...

papa kat sect 20?? dekat dgn selangor medical center ke?? ed selalu pegi sect 19 my uncle stay kat situ.

Anonymous said...

edryna,
saya dah lama duk kat 20's tu sejak bukak lagi...

Cerita Dolu Dolu