Ramadhan bakal menjelang tiba dan dijangka kita akan berpuasa pada 5 Oktober 2005. Selamat menyambut Ramadhan untuk semua.
Apabila bercerita pasal Ramadhan, kita selalunya akan teringat juga kurma. Kenapa kita digalakkan makan kurma? Adakah kerana ia sekadar sunnah?
Fakta mengenai kurma
Nama saintifik : Phoenix dactylifera
Oleh kerana sejarah penuaian kurma agak lama maka tiada bukti sejarah untuk mengesahkan tempat asal kurma tetapi dikatakan berasal dari oasis di padang pasir utara Afrika dan mungkin juga dari Baratdaya Asia. Saiz pokok sederhana dengan ketinggian antara 15~25m dan berpelepah dengan daun yang tajam seperti duri (apa dah jadi pokok kurma madinah yang aku tanam tu ye? hari tu dah mencecah 7 kaki tingginya. . . )
Buah kurma berbentuk oval dan bersaiz antara 3~7 cm panjang, berwarna kuning-cokelat. Terdapat tiga jenis kurma iaitu lembut, separa-kering dan kering. Jenis kurma ini ditentukan oleh paras dan kandungan glukos, fruktos dan sukros. Buah kurma disenyawakan melalui angin.
Tahukah kita bahawa kurma terdiri dari 4 jenis yang dituai dan dikenali diseluruh negeri Arab sebagai kimri (mengkal), khalal (saiz lengkap, rangup), rutab (masak, lembut) dan tamar (masak, kering)?
Bagi setiap 100 gram kurma segar mengandungi vitamin C dan Tenaga 230kcal (960kJ). Kurma kering pula mengandungi 3 gram fibre dan Tenaga 270kcal (1130kJ). Lain-lain fakta mengenai kurma :
Karbohidrat : 73.51g
Fiber (jumlah keseluruhan) 7.5g
Potassium, K 652mg
Zat besi, Kalsium, Magnesium, Phosphorus, Zinc, Sodium, Selenium, Thiamin, Riboflavin, Niacin, Vitamin B6, Folate, Folic Acid, Vitamin A, Vitamin E, Amino Acid.
Negara pengeluar utama kurma adalah Mesir, Iran, Arab Saudi, UAE, Pakistan, Algeria, Sudan, Oman dan Libya. Iraq juga merupakan pengeluar utama kurma sebelum perang. Pengeluaran kurma dunia pada tahun 2004 adalah sebanyak 6.7 ton (FOA).

Antara jenis kurma yang popular adalah Aabel, Rahim Abid, Amer Hajj, Barkawi, Barh, Hayany, Medjool, Halawy, Mishriq, Sayer, Thoory dan Zahidi.
Kenapa kurma sesuai untuk Ramadhan?
Fibre : Seorang dewasa berumur 50 ke bawah digalakkan mengambil 38g (lelaki) dan 25g (wanita) sehari dan bagi yang berumur lebih dari 50 tahun pada kadar 30g dan 21g. 5 biji kurma sehari bagi lelaki dan 4 biji kurma sehari sudah cukup untuk memenuhi keperluan tersebut.
Potassium yang diperlukan oleh badan untuk mengawal keseimbangan cecair dan elektrolit dalam sel badan serta bertindak sebagai pemangkin untuk mengeluarkan tenaga dari protin, lemak dan kabohidrat semasa proses metabolisma. Seorang dewasa memerlukan 2,000 mg potassium sehari (bersamaan dengan 3~4 biji kurma). Potassium dari pemakanan normal membekalkan anggaran 200~300 mg potassium.
Kandungan glukos, sukros dan fruktos di dalam kurma membantu mempercepatkan pengambilan semula gula dalam darah yang telah berkurangan.
Semoga kita dapat menafaat dari informasi ini.
Fakta dari internet
No comments:
Post a Comment