Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, November 08, 2010

ADA JUGAK BERITA BANJIR KAT PERLIS. INGAT DAH SURUT HABIH DAH

Mangsa Banjir Di Perlis Dapat Potongan Bil Air Bulan November
KANGAR: Kesemua mangsa banjir di Perlis akan mendapat potongan sebanyak RM20 bagi setiap bil air untuk bulan ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Beliau berkata potongan bagi bulan November itu ialah untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terpaksa menggunakan air yang banyak bagi membersihkan premis mereka yang dilanda banjir.
Bercakap kepada pemberita semasa melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Ahmad dekat sini Ahad, beliau berkata potongan itu juga turut diberi kepada penduduk yang tidak terbabit banjir.
"Walaupun ada penduduk yang tidak terlibat dengan banjir tetapi mereka juga turut terbabit membantu mangsa banjir termasuk menjadikan kediaman mereka sebagai tempat berpindah," katanya.
Beliau tidak menyatakan kos yang perlu ditanggung kerajaan negeri berikutan potongan bil itu serta jumlah pengguna bekalan air di Perlis.
Mengenai bantuan kepada mangsa banjir yang mengalami kerugian harta benda dan hasil pertanian, Md Isa berkata bancian akan dilakukan bagi membolehkan permohonan bantuan dikemukakan kepada kerajaan pusat.
Bagaimanapun, setiap mangsa banjir perlu membuat laporan polis secara berkelompok melalui kepimpinan tempatan seperti pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ketua unit peladang.
Beliau turut menasihati mangsa banjir supaya meminum air bersih atau air yang telah dimasak bagi mengelak sebarang masalah kesihatan. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu