Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, November 07, 2010

MARI DOAKAN KESIHATAN PM - TPM BELUM LAYAK NAK GANTI

BERITA #1 : Perdana Menteri Arah Semua Agensi Kerajaan Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir
JITRA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan semua agensi kerajaan persekutuan supaya turun segera memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kedah dan Perlis. Beliau berkata bantuan yang diberi tidak boleh bersifat diskriminasi dan mengira fahaman politik, sebaliknya perlu sama rata.
"Saya faham betapa seriusnya keadaan banjir di Kedah dan Perlis dan saya akan buat apa sahaja untuk membantu mangsa banjir," kata Najib semasa dihubungi Setiausaha Politiknya Datuk Shahlan Ismail yang melawat ke Kampung Pulau Timbul dekat sini, Ahad.
Dalam perbualan telefon itu, kata Shahlan, Najib turut bertanyakan tentang situasi banjir yang melanda negeri itu dan berharap agar rakyat bersabar. Beliau berkata Perdana Menteri, yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kesihatannya. - BERNAMA
BERITA #2 : Kerajaan Kedah jangan lepas tangan: Muhyiddin 
MUAR – Kerajaan Ked:ah di bawah pimpinan Pas diminta tidak lepas tangan dalam melaksanakan tanggungjawab membantu mangsa banjir di negeri itu kepada Kerajaan Pusat semata-mata. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kerajaan Negeri itu perlu meningkatkan kerjasama dalam usaha melicinkan penyaluran bantuan, termasuk bekalan air bersih kepada mangsa. 

Menurutnya, Kerajaan Negeri tidak boleh menyerahkan tanggungjawab itu kepada Pusat. 

“Sebaliknya berkaitan dengan masalah besar seperti banjir ini, Kerajaan Pusat dan Negeri perlu bersama-sama melaksanakan tanggungjawab ini. 

“Bekalan air bersih ini terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri dan mereka perlu memastikan ia mencukupi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Keusahawanan Kolej-Kolej Komuniti Wilayah Johor di Pagoh di sini, semalam. 

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Prof Madya Dr Kamarudin Kasim. 

Mengenai pemberian bantuan kepada golongan petani dan pesawah yang terjejas dengan bencana banjir, Muhyiddin berkata, kerajaan akan memaklumkan mengenai bentuk bantuan selepas keadaan bencana itu reda. 

“Kita (kerajaan) sememangnya memandang berat masalah ditanggung petani dan pesawah. Kita akan mencari jalan untuk membantu mereka,” katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu