Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 09, 2010

BELANG SEBENAR ZAID NAMPAK JUA

"Anwar & Azmin Mesti Berundur, Saya Boleh Jadi Pemimpin PKR Yang Baik," - Zaid Ibrahim
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim pada Selasa berkata, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presidennya, Azmin Ali perlu berundur demi masa depan parti itu sendiri.
Beliau berkata, mereka berdualah yang menjadi punca kepada masalah demi masalah yang dihadapi oleh PKR sekarang.
Dan tambahnya lagi, apa yang sedang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR sekarang adalah sesuatu yang memalukan parti itu.
Zaid berkata demikian pada satu sidang akhbar yang diadakan di rumahnya hari ini.
Semalam beliau mengumumkan penarikan dirinya sebagai calon jawatan timbalan presiden parti dan meletakkan semua jawatan parti termasuk sebagai ketua cabang Wangsa Maju yang baru diterajuinya bulan lalu.
Sementara itu, Zaid turut mendakwa Azmin yang juga calon Timbalan Presiden tidak layak bertanding merebut jawatan itu kerana terlibat dengan penipuan dan penyelewengan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti yang sedang berlangsung ketika ini.
Ketika ditanya, oleh kerana beliau menyifatkan Anwar dan Azmin tidak lagi sesuai untuk menerajui PKR, oleh itu siapakah pada pandangannya yang sesuai untuk menerajui PKR, Zaid menjawab: "Saya boleh menjadi pemimpin PKR yang baik..."

No comments:

Cerita Dolu Dolu