Anwar & Azmin Mesti Berundur - Zaid Ibrahim
PETALING JAYA: Datuk Mohd Zaid Ibrahim pada Selasa berkata, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presidennya, Azmin Ali perlu berundur demi masa depan parti itu sendiri.
Beliau berkata, mereka berdualah yang menjadi punca kepada masalah demi masalah yang dihadapi oleh PKR sekarang.
Zaid berkata demikian pada satu sidang akhbar yang diadakan di rumahnya hari ini.
Semalam beliau mengumumkan penarikan dirinya sebagai calon jawatan timbalan presiden parti dan meletakkan semua jawatan parti termasuk sebagai ketua cabang Wangsa Maju yang baru diterajuinya bulan lalu.
Sementara itu, Zaid turut mendakwa Azmin yang juga calon Timbalan Presiden tidak layak bertanding merebut jawatan itu kerana terlibat dengan penipuan dan penyelewengan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti yang sedang berlangsung ketika ini.
No comments:
Post a Comment