Semasa BN memegang Selangor penangkapan oleh pihak JAIS keatas mengunjung pub berlaku dan mendapat sokongan dari Al-Marhum Mufti Selangor Ishak Baharom. Kes tersebut teramatlah kecohnya dan mengundang kemurkaan parti pemerintah. Mungkin enakmen ini hendak dikuatkuasakan semula bukannya enakmen atau undeng undeng baru...... mana berita tu? Kena korek lah mana-mana arkib. masa tu aku pun belum blogging lagi kot
Keputusan MPSJ hanya garis panduan bukan ‘larangan’, kata MB Selangor
January 17, 2011
SHAH ALAM, 17 Jan – Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak mengenakan sebarang ‘larangan’ Muslim bekerja di premis-premis yang menjual alkohol.
Sebaliknya kata Menteri Besar Selangor, perintah kontroversial itu hanyalah satu “garis panduan.”
“Tiada larangan,” kata Khalid (gambar) kepada pemberita hari ini.
“Tiada peraturan kecil (baru) digubal. Ia hanya garis panduan mengenai lesen perniagaan... untuk mengurangkan bilangan pekerja-pekerja Muslim di premis-premis yang menjual alkohol,” kata beliau.
Terdahulu, majli majlis MPSJ Roslan Shahir Mohd Shahir memberitahu The Malaysian Insider peraturan itu sudah dikuatkuasakan sejak 1 Januari 2010, bukannya Isnin lalu sebagaimana dilaporkan.
Roslan, yang juga pengerusi jawatankuasa kecil pelesenan MPSJ berkata beliau pernah mempengerusikan mesyuarat untuk meluluskan penguatkuasaan Enakmen Jenayah Syariah Selangor pada 2009.
Katanya, enakmen itu hanya memberi kesan ke atas pub, kelab malam dan bar karaoke, bukannya restoran, hotel atau kedai serbaneka.
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu yang mengarahkan agar larangan orang Islam bekerja di premis menjual arak ditarik balik sebagai tidak menghormati undang-undang.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata ini kerana larangan yang dikeluarkan MPSJ tersebut berdasarkan Seksyen 18(2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang lain.
“Yang keduanya kalau semua orang nak bertindak macam DAP nak campur tangan dalam soal-soal agama orang lain maka dia akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Noh berkata sewajarnya Liu membiarkan soal membabitkan umat Islam itu ditangani oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap agama Islam.
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Liu yang juga Exco Perumahan dan Kerajaan tempatan yang mengarahkan MSPJ menarik balik larangan itu atas alasan mahukan penelitian semula selain kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenainya.
Noh juga menegaskan penguatkuasaan yang dilaksana MPSJ itu mendapat sokongan penuh Barisan Nasional (BN) negeri.
“Kita nak tengok pendirian PAS adakah mereka juga akan tunduk kehendak DAP ataupun mereka akan bertegas meyokong penuh tindakan MPSJ,” kata Noh.
Difahamkan larangan ini perlu dipatuhi oleh pemilik pusat hiburan yang menjual arak sebelum lesen mereka diperbaharui oleh MPSJ.
No comments:
Post a Comment