Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, January 17, 2011

KELANTAN PALING MUNDUR DI MALAYSIA KE YANG BAWAH BN?

Hanya BN boleh majukan Kelantan 
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
bhnews@bharian.com.my
2011/01/17

Hasrat bukan semata-mata kerana kuasa 


KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata hasrat Barisan Nasional (BN) untuk merampas pentadbiran negeri itu daripada PAS bukan semata-mata kerana kuasa tetapi untuk membawa perubahan daripada segi pembangunan di negeri itu.  Katanya, banyak perkara ingin dilakukan BN untuk rakyat, yang gagal dilakukan PAS sepanjang mentadbir negeri itu selama 20 tahun.


“Antaranya menyelesaikan masalah banjir kilat, sistem perparitan, kebajikan rakyat, peluang pekerjaan, infrastruktur untuk pembangunan ekonomi dan kemudahan lain, ” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Jabatan Pelajaran Kelantan, di sini semalam. 



Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, hasrat BN untuk menawan semula Kelantan tidak harus dilihat sebagai suatu perebutan kuasa untuk memerintah tetapi suatu tindakan untuk memenuhi kehendak rakyat yang mahukan perubahan setelah sekian lama berada di bawah pentadbiran pembangkang. 



“Kita mahu mengambil alih teraju pemerintahan negeri ini memandangkan rakyat mahukan perubahan melalui petunjuk-petunjuk yang dilahirkan menerusi sokongan mereka dalam pilihan raya kecil dan program-program anjuran BN dan Umno di negeri ini," katanya. 



Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan kenapa BN perlu mengambil alih Kelantan sedangkan PAS adalah parti yang layak memerintah negeri ini kerana melaksanakan pemerintahan Islam.  Mustapa berkata, hakikatnya BN lama membawa pembangunan kepada negara mengikut ajaran Islam. 



“Nik Aziz memang terkenal dengan sifatnya mengaku semua tahu mengenai Islam dan tidak menghormati pemimpin parti politik lain, yang kurang hebat daripadanya dari segi agama,” katanya. 



Katanya, peruntukan yang diperlukan kerajaan negeri dalam menangani kerosakan selepas banjir dijangka akan diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, esok. 

No comments:

Cerita Dolu Dolu