Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, January 20, 2011

BUKAN MASALAH YAKIN TETAPI MASALAH MIND-SET. SAPA DERHAKA?


Adun BN akan hadir sidang khas DUN, kata Noh Omar

January 20, 2011
KUALA LUMPUR, 20 Jan — Kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan menghadiri sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor Isnin ini, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Noh Omar.

“Kesemua Adun BN juga akan menyertai perbahasan,” kata beliau.
Bagaimanapun sama ada mereka akan bersetuju kepada Artikel 52 ataupun sebaliknya ia bergantung pada keupayaan kerajaan negeri untuk meyakinkan wakil-wakil BN, kata Noh dipetik beberapa akhbar hari ini.
Noh (gambar) yang juga anggota Kabinet pusat memaklumkan pendirian itu semalam menjelang pertemuan mereka hari ini.
Mengikut laporan sebelum ini, kesemua Adun BN negeri akan mengadakan mesyuarat hari ini bagi menentukan pendirian sama ada mereka akan menyertai sidang khas Dewan Undangan Negeri ataupun sebaliknya minggu depan.
Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, semua Adun BN telah menerima notis menghadiri sidang tersebut yang antara lain bagi melakukan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor berkaitan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan dua lagi jawatan pegawai tertinggi negeri.
“Saya dimaklumkan bahawa Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) telah mengeluarkan pengisytiharan memperkenankan sidang itu diadakan.
“Jadi kita akan berbincang dahulu sama ada hadir pada sidang DUN itu atau tidak, kita akan buat keputusan pada 20 Januari ini,” katanya kelmarin.
Sebelum ini, Umno berkata kesemua Adun BN akan bertindak memboikot sidang khas Dewan Undangan Negeri tersebut kerana menggangap pindaan itu sebenarnya bertujuan mengembalikan kuasa Menteri Besar dan bukannya kuasa sultan dalam membuat pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri.
Semalam, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan kandungan pindaan perlembagaan negeri yang disyorkan - berkaitan kuasa dan proses pelantikan tiga pegawai tertinggi perkhidmatan negeri, yang akan dibahaskan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri kali ini.
Syor pindaan itu telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan pagi semalam dan menerima perkenan baginda.
Menteri Besar berkata pindaan itu membolehkan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri kembali ke kedudukan asal peruntukan sebelum ia dipinda pada 1993.
“Pindaan yang kita akan cadangkan ialah Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.
“Dengan syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula.”

No comments:

Cerita Dolu Dolu