Semoga berita ini tidak benar. Najib tak pergi melawat tu bukan benda baru, cuma mungkin dia tidak dimaklumkan oleh SETPOL atau pengiringnya. Mungkin masa dia lalu nampak ramai orang PAS dia segan nak singgah (Ni bersangka baik giler dah ni) tapi kalau Imam tinggalkan sebab nak sambut Najib rasanya macam tak betul aje walaupun tidak menghairankan sebab AJK masjid di negeri BN ramai lantikan politik dari lantikan layak.
Lawatan Najib ke Tenang utamakan Zapin dan Ghazal dari Ziarah Kematian
Lawatan Perdana Menteri 1Malaysia Rakyat Didahulukan melintasi kawasan masjid yang menempatkan jenazah Abd Latif Subri bin Mohd Din, 61 tahun seorang bekas tentera darat. MP dan Pegawai Pertahanan Awam, juga sebagai Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang, hanya semata-mata untuk ke tapak yang meraikan kehadiran beliau yang jauhnya hanya 50 meter dari jenazah ditempatkan.
Allahyarham yang alamat terakhirnya di 21A, Jalan balairaya, Felda Tenang meninggalkan 4 orang anak dan seorang cucu serta seorang balu Puan Maimunah Hindun.
Pilu dan terkilan apabila imam bertugas turut serta meraikan Najib dan akhirnya jenazah Setiausaha Umno Cawangan tersebut dikendalikan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Solat Zuhur. Turut hadir menziarahi jenazah allahyarham ialah calon PAS N.05 Tenang, Cikgu Mala bersama rombongannya.
Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung dan darah tinggi ditempatkan sejak jam 10 pagi di masjid Felda Tenang dengan harapan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia akan melawat untuk kali terakhir Setiausaha UMNO Felda Tenang itu. [JK]
1 comment:
kalau aku jadi keluarga si mati tu.. memang terasa terkilan hati habis... pakat 1keluarga kalih undi habis... kekawan dan org masjid lebih pentingkan Najib dari urus jenazah kawan secawangan UMNO
Post a Comment