Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 09, 2005

Ahmed Deedat Yang Ku Ketahui

Aku tak pernah dapat bertemu secara terus dengan Ahmed Deedat ni tapi dia merupakan inspirasi melalui buku-buku penulisannya. Mungkin masa tu aku masih bersekolah jadi agak terhad, ialah sekolah asrama lagi, kat U lagi. Aku tak ingat tajuk buku-buku dia yang aku baca tapi banyaklah juga. Pengetahuan beliau yang luas dalam Islam tidak dinafikan tetapi kekuatan beliau dalam berhujah dengan pihak kristian untuk menangkis kelemahan/kesilapan ajaran kristian amat mengkagumkan.
Contoh-contoh buku tulisan beliau adalah :
Is The Bible God's Word?
Crucufixion or Cruci-Fiction
Muhammed (PBUH) The Natural Successor TO Christ (PBUH)
What The Bible Says About Muhammad (PBUH) The Prophet Of Islam.
Amaran yang boleh aku beri adalah kepada yang berminat untuk membaca buku tersebut mestilah dengan asas agama yang kukuh kerana buku tersebut ditujukan kepada kristian untuk pemahaman dan pandangan terhadap kristian dari perspektif Islam, pandangan Islam terhadap Nabi Isa dan Musa, pandangan Islam terhadap kristian dsbnya.
Beliau pernah datang ke Malaysia pada tahun 80an tak silap aku. Lahir di India pada tahun 1918 dan berhijrah mengikut bapanya ke Afrika Selatan dimana disitulah dia mula melangkah hingga dikenali keseluruh dunia Islam khasnya dan seluruh dunia amnya.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas beliau dan atas apa yang telah beliau lakukan.

No comments:

Cerita Dolu Dolu