Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, June 05, 2010

Rakyat Kini Boleh Menilai Perjuangan Sebenar PKR, Kata Zambry

Kang sama dengan UMNO kata tiru UMNO lah pulak. Kira ko ingat kalau PR tu nak buang raja ke? Nak jadikan Republik ke? Sapa yang mula buang Raja? Sapa yang membenarkan Raja diheret ke mahkamah? Raja Kapor? Raja Gopal?

SITIAWAN: Rakyat boleh menilai sendiri perjuangan sebenar Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana pelbagai rahsia parti itu telah didedahkan oleh bekas pemimpin mereka, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Katanya pendedahan demi pendedahan yang dilakukan sendiri oleh bekas pemimpin parti berkenaan merupakan senario sebenar PKR dan rakyat boleh menilai sendiri perjuangan sebenar serta hala tuju parti itu.

"Kita tidak mahu dituduh mencampuri urusan mereka, justeru biarlah rakyat menilai sendiri pendedahan yang dilakukan bekas pemimpin mereka... saya tak nak komen lanjut," katanya kepada pemberita selepas melawat Kampung Padang Tembak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan seorang bekas pemimpin PKR Perak mengenai usaha mengubah struktur organisasi parti itu supaya menyerupai acuan politik di Indonesia yang berasaskan kepada konsep republik.

Pada 25 Mei lepas, bekas Ketua PKR Ipoh Barat Fauzi Muda mendedahkan bahawa nama-nama jawatan dalam parti itu ditukar supaya sama dengan apa yang diguna pakai oleh parti-parti politik di Indonesia. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu