Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 02, 2010

APA KES KUNCI???

Berita di petik dari UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Bicara tangguh Khamis, Anwar bawa pakar forensik

KUALA LUMPUR 1 Jun - Perbicaraan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan sehingga Khamis ini.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan penangguhan selepas peguam bela utama Anwar, Karpal Singh memaklumkan bahawa salah seorang pakar forensik yang akan membantu pasukan pembelaan hanya boleh hadir Khamis ini.

''Dr. David Wells akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara pukul 7 ke 8 pagi. Perbicaraan boleh bersambung selepas itu,'' ujar Karpal.

Pada tarikh tersebut, pihak pendakwaan akan memanggil tiga orang doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk memberi keterangan.

Ketiga-tiga doktor tersebut merupakan individu yang melakukan pemeriksaan forensik ke atas Mohd. Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008.

Wells dari Melbourne, Australia merupakan seorang Profesor Madya di Jabatan Pediatrik dan Jabatan Perubatan Forensik di Universiti Monash di negara itu.

Beliau juga pernah berkhidmat di Hospital Royal Women (Royal Women's Hospital), Melbourne sebagai salah seorang pakar di Jabatan Perkhidmatan Serangan Seksual sekitar 1989 dan pernah menjadi penasihat kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) antara 2002 dan 2003.

Prosiding itu bermula lewat petang ini ekoran lawatan kali kedua pasukan pembelaan bersama Anwar ke lokasi kejadian di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara kira-kira pukul 2.45 petang ini dan hanya kembali ke mahkamah pada pukul 3.40 petang.

Selepas tamat prosiding, seorang lagi peguam Ketua Pembangkang itu, Sankara Nair, memaklumkan kepada pemberita, berlaku sedikit kekeliruan menyebabkan mereka tidak dapat memasuki unit kondominium yang dikehendaki.

MAHAZA KATA : Kekeliruan? Sebab apa tak boleh masuk? takde cerita?

Jelasnya, pasukan pembelaan dan Anwar berhasrat untuk meninjau unit 11-5-2 kondominium tersebut tetapi telah dibawa ke unit 11-5-1 iaitu tempat yang didakwa berlakunya kejadian liwat.

Kedua-dua unit tersebut dimiliki oleh Hasanudin Abdul Hamid dengan unit 11-5-2 dijadikan sebagai rumah tetamu.

Beliau turut menyatakan, pihak pembelaan akan melawat unit berkenaan sebaik sahaja peguam bagi pihak Hasanudin berjaya mendapatkan kunci premis berkenaan.

Jelasnya, Mohd. Saiful Bukhari hanya akan dipanggil semula untuk pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan selepas lawatan itu dibuat.

Bagaimanapun, sementara menunggu lawatan itu dapat dilakukan, perbicaraan akan diteruskan dengan keterangan daripada doktor-doktor terbabit, ujar Sankara.

Sementara itu, berlaku sedikit kekecohan di luar dewan mahkamah apabila beberapa wartawan yang mengikuti lawatan ke tempat kejadian tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan walaupun mempunyai pas masuk.

Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

No comments:

Cerita Dolu Dolu