Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 03, 2010

Empat kilang dikesan guna sijil halal palsu

MAHAZA KATA: kenapa setiap kali keluar berita begini yang dah SOHEH guna sijil palsu tak keluarkan nama produk atau nama syarikat sekali? Nak berahsia rahsia jugak ke? Kalau tang yang patut dirahsiakan (terutama yang mengarut atau fitnah - tak soheh lagi lah)boelh pulak ditulis dengan terperinci siap ulasan lagi.... kalau produk tu ada dijual di kedai dan orang tyak tau sapa nak tanggung kalau termakan tu? HARUSSANI? JAKIM?

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak hari ini menyita dua kilang kek dan dua kilang kicap kerana didapati menggunakan sijil halal palsu dalam satu siri serbuan di sini.

Pengarahnya Mokhtar Sulaiman berkata, keempat-empat premis berkenaan dikesan mengunakan sijil halal palsu hasil pemeriksaan yang dijalankan bersama-sama pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).


Beliau berkata, dua daripada kilang berkenaan terletak kawasan perindustrian Silibin manakala dua lagi di kawasan perindustrian Menglembu.

"Kilang-kilang berkenaan telah di sita dan kami turut merampas kicap dan kek daripada kilang berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pengusaha kilang-kilang berkenaan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 di mana kesalahan pertama yang disabitkan akan membawa hukuman denda RM25,000 manakala kesalahan kedua sebanyak RM500,000.

Dalam perkembangan lain, Mokhtar berkata KPDNKK Perak berjaya mengurangkan penjualan DVD dan VCD cetak rompak di seluruh negeri pada tahun ini ekoran peningkatakan operasi yang dijalankan sejak tahun lepas.

Beliau berkata, tahun lepas sebanyak RM1.43 juta nilai rampasan VCD dan DVD cetak rompak direkodkan dengan sebanyak 37,900 kes dikompaun dan 30,950 kes lagi dikenakan denda.

Bagi tempoh lima bulan lepas, sebanyak 50 kes dikesan membabitkan premis yang menjual VCD dan DVD cetak rompak dan kebanyakan kes dikesan di Ipoh, Taiping dan Manjung

No comments:

Cerita Dolu Dolu