KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau telah mengarahkan Kementerian Luar supaya menyelamatkan sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang Israel semalam.
Katanya, memandangkan tidak ada komunikasi dengan pihak yang terlibat, maka Malaysia akan berusaha mendapatkan bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan negara ketiga yang lain.
"Saya dah minta Wisma Putra berusaha menyelamatkan sukarelawan kita. Kita amat sukar mendapat maklumat, tidak ada komunikasi dengan pihak terlibat," katanya.
Seramai 11 rakyat Malaysia termasuk seorang wartawan dan seorang jurukamera Astro Awani dilaporkan berada di atas kapal Turki, Mavi Marmara, yang diserang Israel.
Setakat ini, belum ada sebarang maklumat yang diterima berkaitan nasib kesemua rakyat Malaysia dalam kapal itu, yang menyaksikan sekurang-kurangnya 10 terbunuh.
APCO tak bleh tolong ka incek?
Ahli kelab motosikal lepak, baring dalam ‘mini market’
47 minutes ago
No comments:
Post a Comment