Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 03, 2010

NGERI WEH!!!! JANGAN BUAT MAIN.....


Malaysia sedia kendali loji tenaga nuklear - AELB

KUALA LUMPUR - Malaysia kini sedia mengendalikan loji tenaga nuklearnya sendiri memandangkan negara telah pun mempunyai cukup tenaga kerja yang berkelayakan, kata Pengerusi Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) Prof Emeritus Datuk Dr Noramly Muslim.

Prof Noramly, yang juga berkhidmat dengan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata universiti itu telah pun menghasilkan kira-kira 900 siswazah dalam bidang sains nuklear.

"Ini termasuk pemegang sarjana dan PhD, 95 peratus daripada mereka berada dalam negara dan mempunyai kepakaran serta pengalaman untuk mengendalikan sebuah loji tenaga nuklear," katanya kepada Portal Berita UKM selepas bengkel dua hari mengenai tenaga nuklear yang berakhir pada 1 Jun.

Beliau berkata, tempoh permulaan yang diperlukan untuk mengendalikan loji itu adalah antara 10 dan 15 tahun, berikutan keputusan kerajaan untuk membangunkan loji tenaga nuklearnya yang pertama pada 2021.

Kira-kira 33 pakar nuklear dari 14 negara menghadiri bengkel itu yang dianjurkan bersama oleh UKM dan University of Tokyo

No comments:

Cerita Dolu Dolu