Sapa suruh sekalikan dengan BANTAH JUDI. Dah tahu kat area Sabak Bernam tu pekat biru...... tapi takpelah 5 minit pun jadik ler....
SUMBER
SABAK BERNAM - Perhimpunan aman bagi menyatakan bantahan secara terbuka terhadap beberapa isu yang tidak menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini khususnya berkaitan kelulusan judi bola sepak Piala Dunia 2010 dan serangan ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin, semalam.
Ketua Dewan Pemuda Pas Sabak Bernam (DPPKSB), Mohd Azmi Yusof, berkata, perhimpunan aman ini sebagai mekanisme awal menyatakan bantahan terhadap kelulusan Judi Bola Sempena Piala Dunia 2010 sebelum kemuncaknya pada perhimpunan perdana 100,000 rakyat membantah judi di Kuala Lumpur.
Menurutnya, DPPKSB menggesa kerajaan supaya menarik balik lesen judi yang dikeluarkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek, kerana selain haram ia juga boleh merosakkan sukan bola sepak itu sendiri.
“Ia boleh menjatuhkan ekonomi negara dan mengundang kepada peningkatan gejala sosial dalam masyarakat contohnya perlakuan jenayah yang berlaku disebabkan pertaruhan judi serta hutang judi.
“Kita mengadakan perhimpunan aman ini adalah untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat tentang lesen judi yang boleh memberikan pengaruh negatif di samping kekejaman rejim Israel terhadap umat Islam di Gaza,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perhimpunan aman anjuran Pas Kawasan Sabak Bernam bersama Dewan Pemuda Pas Kawasan Sabak Bernam, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pengerak Belia Tempatan Zon 4 Sabak, Jabatan Amal dan Ketua Kampung Mukim Sabak.
DPPKSB juga akan bersama-sama dalam Gerakan Membantah Judi pada 3 Julai ini di Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan terhadap pembatalan lesen judi bola.
“DPPKSB bersama-sama NGO Islam lain mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis terhadap Konvoi yang di sertai 12 rakyat Malaysia untuk menghantar bantuan ke Gaza. Walaupun kesemua sukarelawan Malaysia dilepaskan, namun tindakan biadap Zionis dikecam.
“Pada masa yang sama, DPPKSB mendesak kera-jaan menarik balik semua kerjasama dengan Israel khususnya dengan syarikat APCO Worlwide dalam menyatakan pendirian kita terhadap kekejaman Israel,” katanya.
Menurutnya, negara kita seharusnya mengikuti langkah negara Turki yang memanggil pulang duta mereka di Israel serta-merta. Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Kawasan Sabak Bernam, Jamsari Marsom berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel melakukan serangan pada 28 Mei lalu ke atas konvoi misi bantuan ke Gaza.
“Perhimpunan kita adalah untuk menyedarkan masyarakat khususnya di Sabak Bernam, bahawa kita sentiasa bersama den-gan masyarakat antarabangsa seluruh dunia untuk membantu khususnya mereka yang sedang dizalimi di bumi Gaza.
“Kita juga berharap, negara Islam sekitar Gaza membuka laluan supaya misi bantuan dapat sam-pai ke Gaza dan mahu kerajaan menamatkan sebarang hubungan diplo-matik dengan Israel,” katanya.
Perhimpunan berlang-sung selama lima minit itu disertai kira-kira 200 kariah di pekarangan Masjid Jamek Sultan Hishamuddin sebelum disuraikan pasu-kan keselamatan.
Sementara itu, Pengerusi JKKK Batu 40, Mohamad Yunus berkata, matlamat perhimpunan tersebut sukar dicapai masa yang diperuntukkan terlalu singkat apabila orang ramai diarahkan bersurai oleh pasukan keselamatan hanya selepas lima minit berlangsung.
“Kita kecewa apabila perhimpunan ini disuraikan kerana matlamat menyampaikan mesej bantahan lesen judi dan kezaliman yahudi di Gaza kepada kariah tidak tercapai. Sepatutnya kita diberikan peluang seperti mana perhimpunan aman Boikot Barangan Israel sebelum ini ini,” katanya.
Bagi Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Sabak Bernam, Ahmad Mustain Othman, pengeluaran lesen judi oleh Awang Adek adalah tindakan yang mencabar hukum Allah dan sensitiviti umat Islam.
“Atas kesalahan itu, kita menggesa Awang Adek melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan seharusnya ia menjadikan teladan dalam pentadbiran negara yang berteraskan Islam,” katanya.
Ahli kelab motosikal lepak, baring dalam ‘mini market’
46 minutes ago
No comments:
Post a Comment