Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 03, 2010

Sapa Kencing Sapa nih???

SPRM Nafi Halang S. Manikavasagam Hadir Selcat

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan suruhanjaya itu menghalang Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam menghadiri inkuiri Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berhubung kes kecurian pasir.
SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata pegawainya hanya menasihatkan Manikavasagam bahawa isi kandungan aduan yang dibuatnya kepada suruhanjaya itu tidak boleh didedahkan kepada mana-mana individu atau pihak lain kerana ia tertakluk kepada Seksyen 29 (4) Akta SPRM 2009.

Antara lain peraturan undang-undang itu menyatakan bahawa sesuatu aduan yang dibuat ke SPRM hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan sehingga orang tertuduh didakwa di mahkamah.
Suruhanjaya itu berkata sebarang aduan yang dibuat kepadanya tidak boleh didedahkan kerana ia boleh menjejaskan siasatan yang dijalankan.
SPRM berkata demikian bagi mengulas berita laman portal Malaysiakini yang mendakwa Manikavasagam tidak akan dapat menghadiri inkuiri Selcat atas arahan SPRM.

SPRM berkata Manikavasagam menghubungi suruhanjaya itu untuk mendapatkan pandangan sama ada beliau boleh atau tidak mendedahkan kandungan aduan yang telah dibuat kepada SPRM berkaitan kes kecurian pasir yang melibatkan Kuala Semesta Sdn Bbhd (KSSB).
"Bagaimanapun, pegawai SPRM tidak ada menyatakan halangan untuk anggota Parlimen Kapar tersebut hadir ke inkuiri Selcat pada tarikh yang telah ditetapkan," menurut SPRM. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu