Entri kali ini tiada kena mengena dengan politik atau isu terkini. Sekadar berkongsi untuk dipraktikkan.
5S. Mungkin ramai pernah dengar apa itu 5S.
5S adalah sistem yang digunakan pakai oleh syarikat Jepun. 5S tersebut diambil dari 5S dalam sistem itu iaitu -
SEIRI (SISIH),
SEITON (SUSUN),
SEISO (SAPU),
SEIKETSU (SERAGAM) dan
SITSUKE (SENTIASA AMAL - DISIPLIN).
Penggunaan sistem 5S telah dipraktikkan oleh kebanyakan syarikat di Malaysia dan bukan sahaja syarikat Jepun. (Kedai mekanik tempat hantar servis kereta saya juga melaksanakan sistem 5S.
Syarikat GLC dan Badan Berkanun malah Pejabat Kerajaan juga melaksanakan 5S. Isteri saya yang bekerja di Badan Berkanun merupakan champion 5S (Mencadang, Merangka dan Melaksana - JURI) - Kalau nak khidmat nasihat boleh dirunding.
Walaupun ramai faham dan melaksanakannya di tempat kerja adakah pernah anda mengaplikasikannya dirumah anda sendiri? Terkadangkala berdasarkan pengalaman saya, orang bukan Islam contohnya Jepun lebih Islam dari orang Islam terutama orang Melayu yang mengaku Islam sendiri. Maksud saya bukan dari segi disiplin diri sahaja tetapi cara atau gaya hidup mereka contohnya semasa nak makan atau sesudah habis makan, semasa hendak keluar rumah dan kembali dan banyak lagi.
Oleh kerana ramai yang sudah tahu fasal 5S (mungkin) berapa ramaikah yang menggunakan sistem ini di rumah sendiri? Kami sentiasa mengaplikasikan 2S - yang utama SEIRI (SISIH) dan SEITON (SUSUN). Setiap 6 bulan sekali kami akan laksanakan 2S tersebut tadi. Matlamatnya? Menyisihkan yang tak perlu yang disimpan di rumah.
Sehingga April 2010, sebarang susunan barang tak perlu akan dikemas dan dibungkus oleh pembantu rumah kami yang telahpun pulang ke Surabaya. Pada Jumaat lepas kami membersihkan loteng dan membuang loteng tersebut. Agak mengejutkan apabila banyak barang yang saya telah suruh hantar ke Surau Al Husna untuk tujuan kitar semula tidak di hantar dan disimpan diloteng. Kami mengambil masa 2 hari untuk mengemas barangan yang tidak perlu.
PERKARA UTAMA UNTUK LAKSANAKAN 5S DI RUMAH (Pernah tengok OPRAH?)
1 - "BUANG STOR" - Selagi anda ada stor atau tempat simpanan, anda akan menyimpan barang anda WALAUPUN TIDAK PERLU.
2 - SIMPAN YANG PERLU SAHAJA - Baju yang dah lama atau baju anak-anak pilih, kemas dan hantarlah ke rumah anak yatim atau baju sendiri hantarlah kerumah kebajikan. Banyak manafaatnya. Jangan fikir untuk anak anak yang masih kecil atau mungkin nanti boleh pakai kembali. Anak makin membesar, baju simpan buat apa kan?
3 - ANDA BUAT KENDURI 24/7? - Jangan simpan pinggan mangkuk sebab dia lawa atau sayang digunakan. Gunakan sahaja. Elak menyimpan set banyak-banyak. Jangan membazir.
4 - JANGAN 'SAYANG' BARANG ANDA - Setiap benda ada SENTIMENTEL VALUE tapi fikir samada perlu atau tidak. Jangan terlalu sayang barang apalagi jika tak guna. SEDEKAH lagi baik.
Inilah pentingnya SEIRI atau SISIH.
Susun barangan yang perlu menurut tempat simpanan yang ada - JANGAN beli almari atau tempat simpanan baru pula. Jika masih banyak, cuba kurangkan lagi.
ANDA AKAN TERPERANJAT DENGAN HASIL DAN KEKEMASAN YANG AKAN ANDA CAPAI DI RUMAH ANDA.
Di bawah adalah gambar barangan yang kami buang (tidak diperlukan) walaupun sepatutnya dah lama dibuang tapi disorok oleh pembantu - ha ha ha. Beberapa barangan lagi seperti beg-beg (adalah 15 buah kot)yang isteri dapat apabila jadi Juri di peringkat nasional atau hadiah, bekas mainan, fail-fail, telah diambil oleh rakan yang lebih memerlukan.
Ahli kelab motosikal lepak, baring dalam ‘mini market’
54 minutes ago
No comments:
Post a Comment