Nampak kah persamaaannya?
Larangan penjualan rokok dalam peket kurang 20 batang dikuatkuasa tahun depan
KUALA LUMPUR - Larangan penjualan rokok dalam peket kurang daripada 20 batang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari tahun depan.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, peruntukan bagi larangan itu telah pun diwartakan pada 23 September 2004 melalui Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
"Diharapkan dengan tempoh masa yang telah diberikan ini, semua syarikat rokok dapat mengambil tindakan persediaan yang secukupnya," katanya.
Dr Hasan berkata, seperti yang telah diamalkan di kebanyakan negara maju, larangan itu bertujuan membendung kemudahcapaian rokok oleh golongan remaja dan mereka yang berpendapatan rendah.
Katanya, tabiat merokok adalah amat merugikan selain dari memudaratkan kesihatan sekali gus menjejaskan tahap ekonomi perokok tersebut.
Dah keluar statement ni tentu ada kedai-kedai runcit bengang (atau pembekal) sebab ada yang sorok stok 14 batang ke...... Mana lah PHILIP MORRIS tak bengang - jualan sudah merosot. Paling tak HENGAT apabila alasan penangguhan sebab nak risaukan rokok seludup? Selama ni kurang ke? Apatah lagi selepas naik harga? Aku lupa punca kat mana aku baca........ apa persamaan dengan judi haram dan judi halal? Macam sama aje alasan nya.
Lelaki maut terjatuh residensi
5 hours ago
No comments:
Post a Comment