Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, June 05, 2010

NI BARU PEMBERITA


KLIK UNTUK BERITA PENUH DARI SUMBER
Umat Islam dengan pelbagai sepanduk dan poster anti Israel berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur hari ini bagi mambantah tindakan kejam rejim zionis menyerang misi kemanusiaan di Gaza termasuk 12 sukarelawan Malaysia yang mengakibatkan 19 terbunuh Isnin lalu. - AP

Serah kepada Obama SUMBER

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia berjanji akan menyerahkan semua memorandum bantahan yang diterima kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama minggu depan.

Menurutnya, tindakan ganas rejim Zionis terhadap konvoi bantuan kemanusiaan Isnin lalu patut dikutuk sekeras-kerasnya walaupun beliau menerima kecaman dari pelbagai pertubuhan Yahudi seluruh dunia.

Katanya lagi, memo bantahan ini diserahkan kepada kedutaan Amerika Syarikat kerana seluruh dunia mengetahui bahawa negara ‘Uncle Sam’ itu berdiri teguh di belakang tindakan ganas rejim Zionis dari dulu hingga sekarang.

“Kemuncak keganasan Israel disaksikan sendiri seluruh dunia apabila mereka menyerang dan membunuh aktivis misi bantuan antarabangsa ke Gaza.

“Selain itu, kami juga mendesak Presiden Amerika Syarikat menggunakan kuasa mereka menekan Tel Aviv dengan keras kerana mereka amat berlembut sekaligus mendorong rejim Zionis meneruskan kezaliman ke atas umat Islam Palestin,” katanya kepada media selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada pemangku duta Amerika Syarikat ke Malaysia.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menyifatkan perarakan bantahan anti Israel yang diadakan amat berjaya kerana setiap lapisan masyarakat tidak kira kaum, agama dan fahaman politik menyertainya.

Ditanya mengenai sesi khas Parlimen untuk membincangkan isu ini, Anwar menjelaskan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak patut mengadakan sesi khas dan bukannya hanya mengemukakan usul.

“Kita perlu tindakan jelas, kemukakan usul hanya mempunyai waktu bahas yang amat singkat, oleh itu kita perlukan sesi khas supaya membolehkan semua Ahli Parlimen dan parti menyertainya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menegaskan rakyat Malaysia sentiasa berada di belakang rakyat Palestin berhadapan dengan tindakan ganas rejim Zionis selain memberikan isyarat kepada Washington dan Tel Aviv bahawa kita serius dalam hal ini.

“Kita akan guna semua saluran yang ada untuk menekan rejim Zionis supaya kepungan yang dilakukan ke atas Gaza dapat dihentikan,” katanya.

Perarakan aman yang diadakan semalam turut disertai Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

No comments:

Cerita Dolu Dolu