Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 02, 2010

LAIN KALI MULUT JANGAN GATAL SANGAT

Apa paling aku bengang? Bila MP atau DUN mulut gatal nak bagi keluar muka kat surat khabar..... nak beritahu yang dia sorang aje buat kerja? Tak reti selesai sesama sendiri...... Dah sekarang macam macam alasan pulak...... Perundanganlah.... apa lah.
Kalau tak reti nak berbincang sesama sendiri pi dok kat ketiak Khir Toyo.... jangan duduk dalam PR. Kalau rasa tak mungkin boleh selesai takyah ugut ugut MB terus buat laporan SPRM ke POLIS ke... diam, biar derang yang keluar kenyataan...... BANGANG!!!! Aku frust betul dengan sikap derang nih... sib baik HASSAN ALI dah kena kunci mulut.... KOT?

MP Kapar: ‘Tangan terikat, tapi saya hadap Selcat pagi ini’

Oleh G. Manimaran June 02, 2010

BACA SEPENUHNYA DI SINI

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam akhirnya memutuskan untuk menghadap Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) pagi ini walaupun mendakwa ‘tangannya terikat’ dengan implikasi perundangan bakal dihadapinya dari pelbagai sudut.

“Saya memang dalam dilema sekarang.... saya baru sahaja bercakap dengan peguam saya dan 80 hingga 90 peratus saya sudah memutuskan untuk pergi.

“Saya akan pergi menemui Selcat tetapi saya tidak boleh mendedahkan maklumat kepada Selcat dengan mendalam,” kata beliau ketika dihubungi 7.30 pagi tadi.

Notis telah dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Negeri Selangor Mohamad Yasid Bidin untuk memanggil Manikavasagam menghadiri sesi pendengaran awam berhubung kes itu pukul 10 pagi ini.

Wakil rakyat tidak membuat keputusan sehingga malam tadi sama ada perlu menghadapi Selcat ataupun sebaliknya dengan merujuk kepada amalan Parlimen dan batasan di bawah undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kalau saya tak pergi ke Selcat pun masalah, kalau pergi pun bermasalah... saya dalam situasi dilema,” kata beliau dengan cuba menenangkan dirinya dengan menambah, “saya akan pergi dan hanya menyerahkan beberapa dokumen asas, yang saya telah beri kepada polis sebelum ini.”

“Saya akan menjelaskan kepada Selcat masalah yang saya hadapi, masalah yang saksi-saksi saya hadapi... mereka terima ugutan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Manikavasagam berkata, beliau juga telah meminta Selcat agar menulis kepada Speaker Dewan Rakyat bagi meminta kebenaran membolehkannya memberi keterangan kepada jawatankuasa itu.

“Hari ini peguam saya akan menulis kepada Speaker dan kemudian kepada SPRM mengenai kehadiran saya di Selcat,” katanya lagi.

Tindakan susulan akan bergantung kepada respons kepada surat-surat itu, katanya.

Peguam yang mewakili wakil rakyat itu, N. Surendran mengesahkan kepada The Malaysian Insider malam tadi bahawa Manikavasagam tidak akan menghadiri sesi pendengaran Selcat hari ini, yang dijadual untuk bersidang menyiasat dakwaan amalan rasuah dalam perniagaan pasir anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

No comments:

Cerita Dolu Dolu