Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 26, 2010

Nik Sapeia perli Tun Mahathir?

Usaha halus gagalkan 1Malaysia: Nik Sapeia


SHAH ALAM - Kejadian simbah cat dan lempar bom petrol di rumah ibadat Islam serta bukan Islam berpunca daripada hilangnya semangat penyatuan diri dalam jiwa golongan berkenaan. 

Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusuf berkata, gejala itu tidak akan berlaku jika pemimpin setiap parti, sama ada dari Barisan nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) berperanan menyemaikan semangat patriotik dalam jiwa ahlinya. 

Katanya, beliau sedih melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti keseorangan melaungkan semangat 1Malaysia iaitu konsep menyatupadukan jiwa Melayu dan bukan Melayu, sedangkan pihak lain memandang sepi seruan itu. 

"Tidak ada pun dalam kalangan kita bersungguh-sungguh menjayakan matlamat kerajaan menyatupadukan ummah dan memberi kesedaran pentingnya hidup dalam negara harmoni, melainkan ada segelintir daripada kita berusaha menggagalkannya. Sedangkan, semua bangsa mendapat keistimewaan masing-masing. 

"Sebab itu hampir setiap hari kita didedahkan dengan kejadian baling botol arak dan letak kepala babi di surau. Semua ini kerja pihak yang tidak ada sivik. Mereka ini boleh dicapkan sebagai tali barut kepada musuh negara yang menunggu masa untuk menghancurkan negara ini," katanya kepada :Sinar Harian: di sini, semalam. 

Beliau berkata demikian mengulas kejadian Surau Taman Pulai Impian, Sikamat di Seremban yang disimbah cat merah dan dibaling dengan botol arak oleh pihak tidak bertanggungjawab kelmarin.

No comments:

Cerita Dolu Dolu