Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 26, 2010

INI CONTOH SEMANGAT 1 MALAYSIA.

Kat sesetengah tempat tu pat kai lah bebudak Melayu dan jiran-jiran jadi anak-anak ni kurang sikit lah tindak-tanduk liar TAPI bila tegur jangan main mercun, elok orang mula solat Tarawikh, dorang pun mula balik. Kang nak aku tampau kang, anak anak jiran. Lagi memendam rasa. Agak-agak kalau bebudak yang buat kerja ni budak-budak melayu, kena tegur tak bila dorang main mercun? FIKIR FIKIRKAN LAH

Ibu bapa empat remaja mohon maaf

26/08/2010 1:37pm



SEREMBAN 26 Ogos – Ibu bapa kepada empat remaja yang dikaitkan dengan perbuatan menyimbah cat dan membaling botol arak pada surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, pada Isnin lepas, hari ini memohon maaf kepada jawatankuasa surau dan masyarakat Islam akibat perbuatan anak-anak mereka itu.
Cheng Kok Foo, 38; Wong Seow Wai, 43; Loh Teck Ai, 53; dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd. Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan di surau itu pagi ini.
Yang turut hadir Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Dr. Yeow Chai Thiam dan Ketua UMNO Cawangan Taman Panchor Jaya, Arshad Jawi.
Ibu bapa kepada empat suspek itu memohon maaf kepada seluruh umat Islam, khasnya di taman perumahan itu, di atas perbuatan anak mereka yang telah menyinggung perasaan umat Islam.
Mereka melahirkan rasa kesal dan duka cita dengan kejadian itu yang mereka anggap sebagai satu kesalahan besar.
Selasa lepas, polis menahan empat remaja berusia 16 dan 18 tahun untuk membantu siasatan polis berhubung kejadian itu. Mereka kini ditahan reman selama empat hari. – Bernama

No comments:

Cerita Dolu Dolu