Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, August 27, 2010

BERSABARLAH YE. . . . BARU 3 NEGERI, LAIN BELUM JUGA.

Kelantan Belum Buat Keputusan Mengenai Bayaran Khas RM500 - Nik Aziz
KOTA BARU: Kerajaan Negeri Kelantan belum membuat keputusan mengenai bayaran khas sebanyak RM500 untuk kakitangan awam kerajaan negeri sempena Aidilfitri ini sebagaimana dilaksanakan kerajaan pusat dan beberapa negeri lain.
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perkara itu akan bergantung kepada kemampuan kerajaan negeri.
"Setakat ini kami belum berbincang di peringkat Exco perkara ini, tengoklah jika ada kemampuan kita akan beri, katanya selepas mengadakan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, Jumaat
Beberapa kerajaan negeri semalam mengikut langkah kerajaan pusat apabila turut mengumumkan bayaran khas RM500 kepada kakitangan awamnya sebagai bantuan Aidilfitri termasuk Melaka, Selangor, Kedah, Pahang dan Terengganu.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembayaran khas RM500 kepada kakitangan awam di seluruh negara sempena Aidilfitri tahun ini.
Beberapa tahun lepas, kerajaan negeri Kelantan turut membayar bonus kepada kakitangan awamnya apabila kerajaan pusat berbuat demikian.- BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu