Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, August 23, 2010

DIPETIK DARI FORUM UTUSAN MALAYSIA.

Tazkirah solat tarawih

TERDAPAT masjid dan surau mengadakan solat tarawih lapan rakaat iaitu dengan cara menghentikan sekejap solat tarawih selepas empat rakaat untuk memberi laluan kepada program tazkirah.
Selepas selesai tazkirah, sambung balik empat rakaat lagi. Maka jemaah hanya dapat menunaikan lapan rakaat sahaja daripada 20 rakaat.
Tidak cukupkah 11 bulan untuk program tazkirah? Ramai umat Islam sebenarnya ingin mengerjakan 20 rakaat secara berjemaah tetapi tidak kesampaian.
Saya minta jawatankuasa masjid dan surau tidak mengadakan tazkirah semasa tarawih dan berilah peluang kepada jemaah untuk menunaikan 20 rakaat. Buatlah tazkirah selepas Aidilfitri.
ZAID
Kuala Lumpur

Kepada penulis tersebut mari kita hamparkan ini untuk tatapan beliau dan semoga mendapat iktibar. 

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

Sekarang cuba kita selami pendapat En Zaid itu dan kita fikirkan.

Surau Al-Husna di kawasan perumahan ini menjemput Imam Tahfiz setiap tahun sebagai imam Tarawikh dan kami mengerjakan 8 rakaat. Setiap rakaat biasanya imam membaca lebih kurang 2 muka surat Al-Quran. Biasanya selesai solat Tarwikh dalam pukul 10:00 mlm.
Ada masjid yang saya pergi mengerjakan solat 20 rakaat, imam baca ayat pendek dan laju dimana selesai witrnya dalam pukul 10:00 mlm.
SOALAN : Mana pengisian sebenar solat Tarawih berdasarkan pengalaman saya itu? 8 rakaat dengan sedikit tazkirah atau 20 rakaat? Bahasa kasarnya - Solat Lepak-Lepak atau Solat Express?

No comments:

Cerita Dolu Dolu