Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 25, 2010

Pemuda BN akan anjur Forum Gaji minimum


Tahniah Pemuda UMNO. Cumanya mesti nak UMNO anjur jugak baru nampak buat kerja? Nak tunjuk kononnya UMNO yang mulakan inisiatif?

Masa saya dapat e-mail seperti dibawah ini, mana Pemuda UMNO?

Forum terbuka "Gaji Minima & Golongan Miskin".
Esok, Ahad, 11 Julai, 10pg - 12 tgh.
KL Selangor Chinese Assembly Hall (depan LRT Maharajalela).
Penceramah dari Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Malaysian Employers Forum, Institut Kajian Dasar & IDEAS. Semua dijemput.

IDEAS

KUALA LUMPUR - Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menganjurkan satu forum berhubung gaji minimum yang akan disertai oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, forum ini diwujudkan dengan tujuan untuk menggalakkan pekerja tempatan bekerja di sektor tertentu dengan kadar gaji minimum yang tinggi.

Menurutnya, forum ini juga diharap dapat memberikan garis panduan kepada kerajaan dalam menentukan kadar gaji minimum yang sesuai kepada pekerja di negara ini.

"Saya berpendapat jika tidak diberikan satu kadar gaji minimum, adalah sukar untuk mencapai negara yang berpendapatan tinggi, gaji yang adil dan saksama serta tiada jurang yang begitu ketara ditunjukkan.

"Oleh yang demikian kami Pemuda BN bercadang untuk menganjurkan satu forum gaji minimum yang diharap akan disertai juga oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam bagi mencapai matlamat berhubung isu ini," katanya dalam satu sidang media semalam.

Hadir sama, Presiden Cuepacs, Omar Osman dan Setiausaha MTUC G Rajasekaran.

Menurutnya, tarikh dan lokasi forum ini belum ditentukan lagi kerana masih dalam proses perbincangan lagi namun diharap forum ini akan diadakan segera.

"Gaji yang rendah mencerminkan ke tidak keadilan terutama bagi gaji yang jauh lebih rendah dari garis kemiskinan terutama bagi sektor perkilangan," katanya.

Beliau berkata, kadar gaji yang akan ditentukan di dalam forum tersebut akan mengambil kira tentang kadar gaji di semua sektor kerana setiap sektor berlainan kadar gaji minimum.

"Mengenai kadar gaji yang akan ditetapkan, MTUC sendiri ada kadar mereka yang tersendiri dan kita hormati pendiriannya," katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu