Selepas Penang, Kerajaan Pusat kini Selangor pula. Adakah ianya akan berlaku jika Pakatan Rakyat tidak memegang negeri-negeri? CUEPACS dok nego mintak bonus dah berapa lama? - aleh aleh PM umum bagi bonus raya. MARILAH KITA REALISASIKAN negara DUA PARTI.
Malam tadi semasa ber FB ngan seorg YB.... aku cerita tak puashati sikit sebab yang kerja swasta tak dapat apa-apa. Kalau dorang boleh buat macam KESAS pernah buat hari raya pertama tiada toll. Bukankah rakyat marhaen juga merasa? Walaupun tak beri impak apa-apa sangat pada aku yang nak 'balik kampung' kena bayar tol pegi balik lebihkurang RM2.20 atau RM8.80 pergi-balik kalau nak ikut MRR2. KAH KAH KAH.
Kesimpulannya - Oii tolonglah ingat juga yang duit tu dari cukai-cukai rakyat yang turut dibayar dek pekerja swasta dan GLC juga bukan kerajaan aje jadi beringat jugak la kat yang bukan kerja kerajaan ni.
NOTA KAKI : CUEPACS tolong ingat bila keluar statement tu - ni duit 'rakyat' bukan duit BN.
NOTA KAKI : CUEPACS tolong ingat bila keluar statement tu - ni duit 'rakyat' bukan duit BN.
Raya: Kakitangan Selangor Dapat RM500, Guru Kafa RM250
SHAH ALAM, 26 Ogos: Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor akan menerima bayaran bantuan khas hari raya sebanyak RM500 sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.
Menteri Besar, Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran bantuan khas hari raya ini akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan kerajaan negeri kecuali kakitangan Gred JUSA ke atas.
Seramai 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat daripada keputusan ini yang melibatkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (Kafa) yang akan melibatkan pembayaran sebanyak RM1.3 juta.
Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.
Menteri Besar juga menasihatkan kakitangan awam dan guru KAFA supaya bersederhana dalam segala hal dan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan serta keperluan.-HARAKAH DAILY
No comments:
Post a Comment