Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 25, 2010

Tindakan pijak Jalur Gemilang cemari Ramadan – Rais

Tindakan pendemonstran itu memang tidak patut tetapi cerita fasal pijak bendera? Rais patut selesaikan kat dalam negeri dahulu. Ajar rakyat sendiri hormati bendera negara sendiri.

1. Larang bagi bendera Malaysia kecik masa Merdeka lepas tu habih kena pijak-pijak bertaburan di Dataran Merdeka.
2. Larang jual bendera kecil lekat kat kereta, bersepah bertaburan dijalanraya - bukan pijak lagi, digelek dan dilenyek.
3. Larang penjualan bendera kecil yang ada gula-gula. Bukan itu caranya nak ajar anak-anak jadi patriotik.

Tindakan pijak Jalur Gemilang cemari Ramadan – Rais

IPOH 24 Ogos – Tindakan memijak bendera Jalur Gemilang dalam satu tunjuk perasaan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh polis Malaysia disifatkan sebagai mencemar kesucian Ramadan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tindakan tersebut amat menyedihkan terutama ketika rakyat Islam di kedua-dua negara sedang menjalani ibadah puasa.
“Memijak bendera negara jiran yang berbudi zaman-berzaman tentunya bukanlah perbuatan yang mencerminkan Islam sekali gus mencemar kesucian Ramadan.
“Namun begitu, rakyat di Malaysia seharusnya bertenang dan tidak bertindak di luar batasan rasional ekoran insiden tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tunjuk perasaan yang disertai anggota Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang membawa sepanduk mengecam Malaysia di Kedutaan Malaysia di Jakarta semalam.

No comments:

Cerita Dolu Dolu