Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, August 27, 2010

PERLUKAH KITA HANYA BERSABAR?


Apakah tidak boleh amaran lebih keras diberikan terhadap Indonesia? Adakah apabila sesuatu berlaku terhadap rakyat kita di Indonesia baru kita hendak berbuat sesuatu atau adakah kita hendak menunggu sesuatu berlaku terhadap rakyat Indonesia di Malaysia baru kita hendak bertindak? Saya ada terbaca dimana sudah lupa bahawa tindakan pendemonstran ini didalangi oleh satu pertubuhan dan diapi-apikan oleh media. Jumlah pendemonstran yang ramai bukan kerana mereka AMAT prihatin tetapi lebih kepada mencari wang lebih untuk menyambut lebaran. Malangnya sesetengah dari mereka telah mula melampau. Lebih kita gusar apabila berlaku sesuatu perkara seperti kes Muntik atau Nimala, tiada siapa pun akan mengambil endah lagi walaupun sebelum ini keperihatinan tersebut atas dasar kemanusiaan.

Bendera Malaysia dibakar, diludah dalam demonstrasi di Jakarta

August 26, 2010
JAKARTA, 26 Ogos — Penunjuk perasaan di hadapan kedutaan Besar Malaysia di sini terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di situ hari ini.

Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak “ganyang Malaysia” bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau 13 Ogos lepas.
Ketika emosi memuncak, penunjuk perasaan bergaduh dengan pasukan Polis Indonesia yang menghalang mereka daripada menghampiri pintu pagar untuk masuk ke dalam kawasan kedutaan.
Mereka membaling batu dan selipar ke arah polis. Seorang daripada mereka ditahan polis kerana membaling sebatang buluh, yang sebelum itu digunakan untuk mengibarkan bendera Indonesia, ke arah pasukan keselamatan.
Insiden pada 13 Ogos itu membabitkan penahanan tiga pegawai penguatkuasa laut Indonesia oleh Polis Marin Malaysia ekoran penahanan tujuh nelayan Malaysia oleh bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia kerana didakwa meneroboh.
Malaysia mempertahankan bahawa nelayan tersebut berada di perairan sendiri apabila ditahan oleh pihak penguatkuasa Indonesia itu. Kesemua tahanan itu telah dibebaskan pada 17 Ogos.
Kumpulan penunjuk perasaan hari ini menuntut Malaysia memohon maaf serta meminta kerajaan Indonesia memanggil balik Duta Besar Indonesia di Malaysia.
Keadaan reda apabila anggota kumpulan yang beremosi dapat ditenangkan oleh beberapa orang pemimpin kumpulan tersebut.
Sejak insiden 13 Ogos itu, beberapa demonstrasi dilakukan oleh kumpulan-kumpulan kecil antara 20 dan 40 orang sahaja namun ia tetap ganas sehingga ada yang bertindak merosakkan plak nama Kedutaan Besar itu, memanjat pintu pagar dan tembok pintu pagar dan berdiri di atasnya.
Kerosakan pada harta benda kedutaan besar itu telah dilakukan oleh penunjuk perasaan dari kumpulan Laskar Merah Putih.
Penghinaan paling buruk dilakukan terhadap Malaysia ialah perbuatan melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini oleh penunjuk perasaan dari kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada Isnin lepas. — Bernama

No comments:

Cerita Dolu Dolu