Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, August 23, 2010

TAN SRI KHALID CAKAP CELAKA.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak kenyataan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri tidak berkeupayaan untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air, sebaliknya masalah itu berakar umbi dari kelemahan pemerintahan Umno Barisan Nasional.
Menyifatkan tohmahan itu tidak berasas, beliau berkata kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan membazir  wang rakyat semata-mata bagi menutup kesilapan yang dilakukan kerajaan negeri terdahulu.
Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Perkhidmatan Air, Sektor Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Sutekno Ahmad Belon sebelum ini menuding jari kepada kerajaan Selangor kerana enggan menerima cadangan penyusunan semula oleh kerajaan pusat.
Walhal, masalah berkaitan konsesi air berpunca dari kecuaian kerajaan negeri ketika dikuasai Umno BN hingga mengakibatkan penyusunan semula itu menelan kos yang terlalu besar yang menjadi punca cadangan itu ditolak.
Kerajaan Selangor kerugian sekurang-kurangnya RM8 bilion berikutan kecuaian bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo dalam merunding perjanjian konsesi air dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Dr Khir juga sebelum ini menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syabas yang membenarkan syarikat itu menaikkan tarif mengikut tempoh tertentu.
Mengikut perjanjian, Syabas dibenar menaikkan tarif sebanyak 37 peratus pada 2009, 25 peratus (2012), 20 peratus (2015), 10 peratus (2018) dan lima peratus (2021).
Khalid berkata bahawa pihaknya akan memperbetulkan perkara ini tetapi Kerajaan persekutuan dan kumpulan BN perlu bertanggungjawab tentang kecelakaan yang telah dibuat.
 "Ini ialah kecelakaan rakyat negeri Selangor.kerana mempunyai pemimpin yang tidak membuat kira-kira-kira dengan betul tentang cara menjualkan konsesi air” ujar Khalid. 

No comments:

Cerita Dolu Dolu