Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 24, 2010

TAHNIAH PAK POLISI.


Kerja-kerja membuang cat sedang dijalankan di sebahagian pintu cermin dan dinding Surau Taman Pulai Impian, Sikamat dekat sini, yang disimbah dengan cat merah serta botol arak dalam kejadian awal pagi semalam. Pengerusi jawatankuasa surau itu Mohd Hasbi Ismail berkata kejadian itu disedari oleh jemaah surau pada solat subuh pagi Isnin ketika hendak menunaikan solat subuh. -Foto BERNAMA 


Tapi kenapa PEMUDA UMNO atau PEKASAM membisu? MCA dah keluar kenyataan, Pakatan Rakyat juga sudah. 


Simbah Cat Di Surau: Empat Ditahan Polis

Seremban, 24 Ogos - Empat orang ditahan polis berhubung siasatan sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban yang disimbah dengan cat merah awal pagi semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, dijangka akan memberikan butiran perkembangan terbaru kes itu pada sidang akbarnya yang dijadualkan pada jam 12 tengahari ini.

Pada kejadian awal pagi semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Negeri Sembilan, ACP Zaki Masroh berkata, polis menemui satu tin cat dan dua penutup tin cat.

Oleh itu, beliau berkata, polis percaya dua tin cat telah digunakan.
Menurutnya lagi, di satu bahagian surau tersebut, polis menemui pecahan kaca yang dipercayai pecahan botol arak, atas tanah dekat tingkap surau tersebut.
Berdasarkan bekas di kaca tingkap, katanya, polis percaya botol arak itu dibaling ke arah tingkap tersebut.
Bagaimanapun, katanya, kaca tingkap itu tidak pecah tetapi sebaliknya botol yang dibaling itu yang pecah. -MALAYSIA KINI

No comments:

Cerita Dolu Dolu