Pakai FB aje pun cukup. PM mintak pandangan direct dari rakyat jadi wakil rakyat dan secara tak langsung Parlimen tidak lagi diperlukan. Kesimpulannya inilah kejutan terbaru PRU-13 - Tiada lagi pilihanraya di Malaysia. Maknanya betullah ahli parlimen bukannya WAKIL RAKYAT. Itu sebab macam-macam merapu kita dengar dorang dok cerita kat Parlimen, masalah rakyat tak bincang kat Parlimen, minyak nak naik pun tak mintak pendapat ahli Parlimen sebab mereka semua ini BUKAN WAKIL RAKYAT.
Najib minta pandangan rakyat
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mempelawa rakyat supaya berkongsi pandangan mengenai bidang pembangunan yang mereka rasakan perlu diberikan keutamaan dalam Bajet 2011.
Perdana Menteri mengajak rakyat sekali lagi mengemukakan cadangan seperti yang dilakukan tahun lalu semasa beliau merangka Bajet 2010 bagi menjadikan ekonomi Malaysia lebih sejahtera dan progresif.
''Dalam hal ini, saya sekali lagi merasakan pentingnya berhubung dengan rakyat dan mendapatkan pemikiran anda secara langsung dalam lapangan masing-masing.
''Dengan prinsip kebesertaan dan keadilan sosial dalam fikiran, saya meminta rakan-rakan rakyat Malaysia supaya menyumbangkan cadangan untuk Bajet 2011,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam entri terbaru blog www.1malaysia.com.my bertajuk Bajet Negara 2011: Pemikiran Daripada Rakyat hari ini.
Najib turut mempelawa generasi muda supaya mengemukakan idea kreatif untuk Bajet 2011 seperti dilakukan mereka sebelum ini apabila memberikan pelbagai cadangan hebat dalam blog dan Facebook beliau.
"Saya menyeru anda semua menggunakan peluang ini untuk melibatkan diri dan mengetengahkan saranan, kerana anda semua ialah generasi yang akan menggerakkan ekonomi negara untuk 20 tahun akan datang.
"Hantarkan cadangan anda dalam blog ini dan saya harap akan bertemu beberapa pemikiran yang dapat memberikan saya inspirasi dan saranan yang dapat membawa pembaharuan yang akan memanfaatkan rakyat,'' katanya.
Dalam pada itu, Najib berkata, Kementerian Kewangan, kementerian-kementerian dan agensi-agensi lain telah pun memulakan perbincangan tentang Bajet 2011.
Dalam perkembangan lain, Najib percaya sejak lapan bulan lalu, kerajaan dan rakyat telah mengambil langkah yang hebat ke arah mentransformasikan Malaysia supaya menjadi negara yang lebih berdaya saing dan bersatu-padu.
''Tahun ini kita telah pun menyingkap tirai Program Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 sebagai langkah yang dapat menjanjikan perjalanan menuju pembangunan negara menjelang 2020.
''Langkah-langkah ini juga mengutamakan kebersertaan yang lebih tinggi dan penekanan terhadap keadilan sosial supaya tiada seorang pun rakyat yang terpinggir dalam kemaraan kita menuju ke hadapan,'' katanya.
No comments:
Post a Comment