Sebelum baca kat bawah adakah si penulis tidak tahu atau tidak mencari (tak mungkin, tapi dah namanya UTUSAN....) DEKLARASI PAKATAN RAKYAT. Nampak sangat betapa BODOHNYA Mohd Azim Syafi dan juga editor Utusan Malaysia
Meh kita ambil sedikit.
Keputusan Bersama Pakatan Rakyat DEC 2009
1. Demokrasi Telus dan Tulen
a. Negara perlembagaan dan kedaulatan undang-undang
Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Pakatan Rakyat akan:
1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-manaantara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.
2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan.
3. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
4. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.
5. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalin serta melanggar hak asasi.
6. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.
Sanggupkah DAP, PKR, PAS isytihar pertahankan Perlembagaan? — Mohd Azim Syafi
August 25, 2010
25 OGOS — Banyak seruan dibangkitkan supaya orang Melayu bersatu untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan adalah sesuatu yang sangat luhur dan tidak sepatutnya dibiarkan diganggu-gugat oleh orang politik yang mempunyai kepentingan peribadi.
Perlembagaan adalah panduan hidup bermasyarakat dalam negara majmuk ini. Khabarnya, perancangan untuk mengubah Perlembagaan itu sudah dimulakan selepas pembangkang berjaya mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Mereka sudah berangan-angan bahawa langkah untuk menawan Putrajaya semakin hampir dan selepas cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) untuk membeli wakil rakyat Barisan Nasional (BN) gagal, maka perkara ini mula dirancang.
Kebetulan, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan gagasan 1 Malaysia untuk mencapai perpaduan kaum pula diperalatkan sebagai saluran mendesak kesamarataan.
Jadi, kita kena berhati-hati. Sejak tahun 2008, kedudukan berkaitan dengan Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu, hak keistimewaan Melayu, kontrak sosial dan kepentingan institusi-institusi awam yang terlindung di bawah Perlembagaan negara selalu diperlekehkan dan dihina.
Saya sedih, keharmonian dan perpaduan Barisan Nasional ketika era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, malah Tun Dr Mahathir Mohamad kini semakin hilang.
Baru-baru ini, Mufti Perak, Harussani Zakaria mendedahkan tentang ada “perlembagaan baru” dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan.
Saya bimbang, jika kerajaan tidak bertindak menggunakan kuasa yang ada padanya, kestabilan negara akan rosak dan punah.
Saya percaya usaha untuk menulis perlembagaan baru ini digerakkan oleh parti politik tertentu. Motifnya untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara republik.
Tetapi, walau apa pun usaha untuk menulis semula kandungan Perlembagaan, ia digerakkan dengan memburuk-burukkan institusi raja-raja kerana tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja semua pindaan tidak akan diluluskan. Sebab itu ada cubaan supaya orang Melayu sendiri membenci dan merobohkan institusi Raja-raja supaya senang mereka merungkai asas kenegaraan, bagi mengikut acuan gagasan parti tertentu.
Saya berasa hairan sikap mereka yang mengaku warga Malaysia yang mahu mencabul Perlembagaan negara.
Banyak pemimpin kaum minoriti di luar negara amat menjunjung perlembagaan. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama misalnya, sejak di awal penglibatan dalam politik berikrar mempertahankan perlembagaan dan tidak pernah tergelincir daripada asas tersebut. Di negara-negara lain juga senarionya begitu.
Maknanya, apa sekalipun aliran dan perbezaan ideologi di kalangan parti politik, perlembagaan sesebuah negara perlu dipertahankan oleh semua pihak tanpa mengira agama mahupun etnik.
Saya bersetuju dengan pandangan Awang Selamat di bawah tajuk Perlembagaan digugat? dalamBisik-Bisik Mingguan, Ahad lalu yang mencabar para pemimpin pembangkang tampil menyatakan pendirian dan sekaligus berikrar untuk sama-sama mempertahankan dan menjunjung sepenuhnya Perlembagaan negara.
Sehingga kini saya belum membaca kenyataan daripada pemimpin parti pembangkang tentang usaha mempertahankan Perlembagaan.
Saya teringin mendengar kenyataan mengenai kesanggupan dan ikrar pemimpin DAP, PKR dan PAS untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Jika mereka enggan atau berdolak-dalih, jelaslah mereka mempunyai agenda yang sedang kita perkatakan ini. — Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment