Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, August 23, 2010

BERI AKU BIASISWA !!


Sebelum baca kat bawah kita baca ini dulu - Artikel 153  Fasal 3 - Perlembagaan Malaysia.


(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

- Masa TDM dok cerita kemasukan ke Universiti ikut meritokrasi kenapa senyap? Biasiswa diganti dengan PTPTN kenapa tak cerita fasal Artikel 153 ni?

Kalau contohnya saya pergi ke mahkamah menuntut kerajaan memberi biasiswa kepada saya untuk saya sambung belajar kerana saya menuntut hak saya menurut artikel 153 ini apakah ianya boleh ke tidak? Bahasa mudahnya 'Give me that Quota'. Sebelum sibuk nak cerita fasal 'kontrak sosial', hak yang dihapuskan secara senyap kenapa tak pertikaikan dulu?

"Keluar Malaysia, Balik Ke Negara Asal...."

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyertai senarai pihak yang menggesa agar mereka yang menyentuh soal kepentingan Bumiputera dan kontrak sosial supaya balik ke negara asal mereka.

Dalam kenyataan dikeluarkan pagi ini, Ibrahim berkata “siapa yang tidak menghormati kontrak sosial iaitu Perkara 153 boleh keluar Malaysia, balik negara asal nenek moyang.”

“Jangan hipokrit,” kata Ibrahim yang lazimnnya lantang dalam kenyataan dikirim menerusi khidmat pesanan ringkas.

Pendirian yang sama ditulis oleh kolumnis Mingguan Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Ahad lalu.

Ia disusuli dengan pendedahan kenyataan seorang pengetua sekolah menengah di Kulai Jaya, Johor dan baru-baru ini didakwa dikeluarkan oleh pengetua sekolah rendah di Kedah.

Pendirian Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dikeluarkan ekoran kenyataan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon semalam.

Koh berkata, rakyat perlu berhenti daripada terlalu memikirkan isu perkauman termasuk mengenai kuota serta ekuiti Bumiputera dan berhenti daripada bergaduh berhubung perkara itu.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pertengkaran secara terbuka tidak membawa apa-apa kebaikan dan beliau sebaliknya meminta setiap individu untuk memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi negara.

“Saya merayu kepada semua agar jangan memperbesarkan isu perkauman dan kritikan.

“Jangan terlalu memikirkan tentang sudut perkauman. Jika perkara ini berterusan, kita akan semakin kurang berkongsi dan lebih banyak bertengkar,” katanya.

Koh berkata beliau menasihatkan Ibrahim agar lebih memberi tumpuan tentang bagaimana memperkasakan pengetahuan, pengalaman dan daya saing di kalangan Bumiputera daripada melukakan perasaan kaum lain dengan “berkata itu dan ini.”

“Komen saya terhadap  Koh Tsu Koon yang tegur saya,  suruh ambil tindakan positif memperbaiki nasib Bumiputera  bukan dengan hanya bercakap dan melukai hati kaum lain.

“Tapi kaum lain tak luka hati kaum Bumiputera ke? Isunya, sebagai Menteri Perpaduan, kenapa dia tak tegur Cina, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan dia dan ICU  kena bertanggungjawab membuat Melayu Pulau Pinang merempat,” katanya.

Ibrahim berkata Koh perlu menyatakan pendiriannya dalam soal ekuiti 30 peratus sedangkan Bumiputera 67 peratus.

“Nyatakan pendirian. Koh juga adalah dalam satu kumpulan anti-Melayu secara halus,” katanya lagi.

No comments:

Cerita Dolu Dolu