Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, July 30, 2010

Usahawan Bumiputera Sukar Berniaga Di Lokasi Strategik Jika Diskaun Dimansuhkan

Apa kaitan beli rumah mewah dengan berniaga di lokasi strategik? Hartanah Komersil fahamlah lagi..
KUALA LUMPUR: Usahawan Bumiputera akan mengalami kesukaran berniaga di lokasi strategik jika cadangan memansuhkan diskaun bumiputera bagi pembelian hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor dilaksanakan, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata ini akan menyebabkan usahawan Bumiputera hanya mampu berniaga di pinggiran bandar sahaja, selain peratus pegangannya bagi premis komersil di kawasan bandar yang berharga RM2 juta ke atas, akan menjadi lebih kecil.
Beliau berkata demikian dalam laman blognya www.rembau.net di sini hari ini bagi mengulas kenyataan anggota Parlimen DAP Tony Pua yang mencadangkan kerajaan negeri memansuhkan diskaun Bumiputera dalam pembelian rumah berharga RM500,000 ke atas dan hartanah komersial berharga lebih RM2 juta di negeri tersebut.
Katanya dakwaan Tony Pua mengenai hartanah yang dibeli Bumiputera dengan harga diskaun itu dijual semula oleh broker atau orang tengah pada harga yang lebih mahal, tidak boleh diterima langsung.
"Saya tidak langsung boleh menerima alasan ini kerana jika pelaksanaan menjadi masalah, maka wajarlah kita menangani kelemahan tersebut, dan bukannya memansuhkan terus dasar diskaun Bumiputera ini," kata beliau.
Khairy berkata antara langkah bagi mengatasi masalah itu ialah dengan memastikan status serta klasifikasi lot Bumiputera tidak diubah bagi mengelakkan pembeli hartanah berkenaan mendapat keuntungan apabila menjualnya semula pada harga pasaran secara terbuka.
"Ada juga dakwaan yang kita dengar mengenai pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab, sengaja menipu dengan mengisytiharkan kuota untuk Bumiputera tidak boleh dijual, dan seterusnya memohon kepada pihak berkuasa agar hartanah tersebut dijual kepada bukan Bumiputera atas harga tanpa diskaun.
"Semua ini merupakan isu-isu berkait dengan dasar tersebut yang tidak disentuh dan dikaji oleh Tony sewaktu memberi hujah-hujah cetek dan separuh masak beliau.
"Ini jelas mendedahkan bahawa DAP tidak ikhlas, malah tiada niat untuk membantu agenda Melayu, walaupun mereka tidak henti-henti cuba menjaja persepsi kononnya DAP adalah parti untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum," katanya. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu