Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, July 28, 2010

Tujuh Lelaki Ditahan Menyamar Sebagai Pelajar

Petikan : Siasatan juga sedang dijalankan sama ada bekas pelajar itu mempunyai niat untuk melakukan jenayah di sekolah berkenaan," kata Abdul Jalil.
Teringat salah satu dari cerita CSI-MIAMI? dimana bekas penjenayah (pedophilia) menyamar jadi pelajar (baby face tapi umur dah 36 tahun) mencari mangsa. Semoga bekas pelajar ini bukan berniat :
1 - Survey untuk melakukan jenayah. 
2 - Macam cerita CSI itu 
3 - Mencari atau bertujuan merekrut geng untuk kumpulan samseng atau kongsi gelap.
Mana munasabahnya budak-budak yang tak sekolah atau bekerja ini rindu nak sekolah?
KUALA LUMPUR: Tujuh pemuda yang rindukan alam persekolahan ditahan polis semalam selepas menyamar sebagai pelajar di sebuah sekolah menengah di Taman Melawati di sini. Kesemuanya yang berumur 20 tahun lengkap berpakaian seragam sekolah termasuk seorang berbaju kurung ditahan ketika leka mengikuti pembelajaran dalam kelas, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan kepada Bernama, di sini pada Selasa. "Mereka masuk ke sekolah itu kira-kira pukul 7.30 pagi dan menyertai perhimpunan pagi sekolah. Selepas tamat perhimpunan, ketujuh-tujuh bekas pelajar tersebut masuk ke kelas lama masing-masing iaitu kelas mereka ketika Tingkatan Lima sesi 2007," katanya. 
Kehadiran 'pelajar baru' di dalam kelas itu disedari guru yang kemudian menghubungi polis. "Hasil soal siasat, kami mendapati punca mereka menyamar sebagai pelajar sekolah itu atas alasan ingin kembali semula ke alam persekolahan. Mereka duduk dalam kelas dalam keadaan yang sopan tanpa sedikit pun mengganggu sesi pembelajaran," kata Abdul Jalil. Beliau berkata, ketujuh-tujuh lelaki itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil. 
"Kesemua lelaki itu tidak bekerja ataupun belajar. Polis telah memanggil ibu bapa masing-masing sebelum mereka dibebaskan kira-kira pukul 8 malam tadi. "Polis kini sedang mengumpul maklumat dan masih dalam proses mengambil keterangan daripada guru dan pelajar sekolah itu. Siasatan juga sedang dijalankan sama ada bekas pelajar itu mempunyai niat untuk melakukan jenayah di sekolah berkenaan," kata Abdul Jalil. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu