Harap kes ini tak jadi seperti kes ini. "Kes Demontrasi Kepala Lembu, Pindaan Pertuduhan Ringankan Hukuman"
Kes Tiga Pemuda Bakar Gereja Metro Tabernacle Bersambung Esok
Kes tiga pemuda yang didakwa membakar Gereja Metro Tabernacle di Taman Desa Melawati pada 8 Januari lepas bersambung esok dengan tiga lagi saksi baru dipanggil bagi memberikan keterangan. Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, SM Komathy Suppiah menetapkan jam 9.00 pagi esok bagi meyambung semula perbicaraan terhadap tertuduh. Mahkamah diberitahu bahawa suspek yang dituduh menyerang Gereja Januari tahun ini mendakwa kedua tangannya terbakar akibat cuai ketika membakar sampah-sarah. “Berkait dengan berita kita hari ini sudah 20 saksi dipanggil memberi keterangan dan ada beberapa dan saksi lagi yang dijanjikan oleh pendakwaraya. Yang Arif menetapkan sehingga hari Rabu sampai ke Jumaat ada dua hingga tiga orang saksi lagi dan Rabu seorang lagi saksi.
Jadi kita tunggu dan tengok apa yang akan berlaku selepas itu,” kata Peguam, Hanif. Dalam pada itu perbicaraan hari ini menampilkan tujuh orang saksi bagi memberikan keterangan masing-masing. Ketujuh-tujuh saksi ialah Dr. Lim Chee Keen, 34, Dr. Kamalu Haphidz Abdul Karim, 43 dan Dr. Chew Heng Liang, 28 dari Hospital Kuala Lumpur. Sementara See Jiun Jiun, 38 seorang kerani bank, Forensik dari Bukit Aman, Inspektor Ameyrudin Ahmad Zuki, 38, Pegawai Teknologi Maklumat Fatimah Said, 39 dan seorang doktor klinik swasta Dr. Soep Sadiman, 53 turut memberikan keterangan.
Keterangan mereka diambil dari jam 9.pagi tadi dan berakhir jam 4.15 petang. Perbicaraan hari ini termasuk saksi, Inspketor Ameyrudin membawa bahan pita rakaman salah seorang suspek yang mendapatkan perkhimatan rawatan segera apabila kedua-dua tangannya terbakar dari paras siku hingga ke jari pada malam itu. Ketika disoal balas oleh peguambela, doktor memberitahu suspek ada memberitahunya bahawa kebakaran di kedua tangannya adalah disebabkan kecuaian ketika membakar sampah-sarap. “Hari itu 8 Januari, jam kira-kira 1.30 pagi dia datang ke Bahagian Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur jadi Raja Mohd Idzham didapati mengalami kesan kebakaran pada tangan kiri dia. Setahu saya, seseorang yang terbakar di bahagian tangan dan jari terpaksa dirujuk ke bahagian kebakaran,” kata Dr. Chew.
Doktor turut memberitahu bahawa peringkat kecerderaan kebakaran di bahagian luka suspek berada pada tahap 2 darjah celcius dan memakan masa hampir 10 minggu untuk pulih. Suspek telah diberikan suntikan segera bagi menahan sakit. Jika disabitkan kesalahan, ketiga-tiga pemuda akan dihukum mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dengan menggunakan bahan letupan dengan niat menyebabkan kerosakan. Bagaimanapun ketiga-tiga mereka tidak mengaku bersalah. Suspek yang dimaksudkan membakar Gereja Terbenacle itu ialah pasangan adik beradik, Raja Muhamad Faizal Raja Ibrahim, 24, Raja Muhammad Idzham Raja Ibrahim, 22 dan Azuan Shah, 23. Pasangan adik beradik itu, Raja Muhammad Idzham diwakili Peguambela, Hanif dan Muhammad Najib Hashim sementara Azuwan diwakili Peguambela Dzaki Ezhar Bahar.
Lailawati Ali dan Azlina Rasdi tampil sebagai pendakwaan.
No comments:
Post a Comment