Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, July 26, 2010

Semua ADUN kena guna 3P

3P = Padang(?), Perasaan, Penyelesaian - Ingatkan 3P = Penyapu (Ooo ini Khir Toyo), Pasir, Pengap....


TRONG – Pendekatan 3P (padang, perasaan dan penyelesaian) diperkasa untuk memastikan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan turun padang melihat masalah rakyat serta menyelami dan mencari jalan penyelesaian.  Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pendekatan itu supaya pemimpin dapat menyelami kesusahan serta masalah rakyat sama ada di bandar mahupun luar bandar.  “Untuk penerapan pendekatan 3P ini, program juara rakyat dan mesra pelanggan menjadi salah satu medium bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan berkesan.  “Secara tidak langsung masyarakat juga dapat berjumpa dan berinteraksi lebih dekat dengan wakil rakyat serta ketua-ketua jabatan,” katanya ketika berucap sempena Program Juara Rakyat dan Mesra Pelanggan DUN Trong.  Program Juara Rakyat dan Mesra Pelanggan diadakan di Padang Sungai Kerang, Trong itu program pertama kali yang diadakan di kawasan tersebut dan mendapat sambutan menggalakkan penduduk tempatan. Dalam perkembangan berkaitan, Zambry meluluskan peruntukan RM30,000 bagi menyediakan kemudahan asas seperti tandas di Padang Sungai Kerang kepada masyarakat sekitar yang menggunakan padang berkenaan untuk pelbagai aktiviti.  Sempena lawatan ke gerai pameran Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR), beliau turut menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan asas kepada pelbagai kaum menerusi sumbangan YBUDR.  Zambry turut meluangkan masa ke tapak Projek Infra Bina Upaya, YBUDR di Kampung Merbuk Merbau bagi memberi pelan rumah yang bakal dibina kepada tiga orang penerima iaitu Norafeda Wahab (Kampung Merbuk Merbau), Siti Hija Saman (Kampung Sungai Kerang), dan Yeng Yong Thing (Kampung Baru) dalam kawasan DUN Trong.

No comments:

Cerita Dolu Dolu